1.3.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2014).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


7 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk mendapatkan Naskhah terjemahan Al-Quran ini akan saya akan berikan kepada seorang sahabat saya yang baru memeluk islam.Semoga dengan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada beliau.Terima kasih kepada admin blog ini dan penyumbang dana kerana bermurah hati memberi Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma.Boleh hubungi saya di hafiznur77@yahoo.com...

    ReplyDelete
  2. Saya ingin memiliki naskah terjemahan Al-Quran ini untuk diri saya sendiri. Selama hidup saya saya semakin jauh menyimpang dari jalan hidup seorang muslim sebenar walaupun saya telah dididik secukupnya oleh kedua ibu bapa saya selayaknya untuk menjadi seorang muslimah. Namun akhirnya kesibukan hidup telah menjauhkan diri saya dari Islam. Semenjak ulang tahun kelahiran ke 47 tahun saya, Allah telah menguji saya dengan satu ujian yang telah mengubah hdiup saya secara keseluruhannya. Ujian tersebut telah membuat saya terfikiri tentang perjalanan hidup saya selama ini termasuk dosa-dosa yang telah saya lakukan sebagai seorang hamba di muka bumi ini.
    Dengan itu saya telah bertekad dan berazam untuk menukar cara hidup saya secara keseluruhannya menurut cara hidup seorang muslimah.
    Dengan itu saya berharap naskah terjemahan Al Quran ini akan menjadi pedoman kearah matlamat hidup saya yang sebenar. Bukahkah Al Quran itu petunjuk bagi umat manusia, dan tanpa memahaminya kita bagaikan sedang menyanyi lagu hindustan atau korea yang mengasyikkan tanpa faham liriknya.
    Semoga pihak anda dapat membantu saya merealisasikan impian saya untuk meluruskan jalan hidup saya dengan naskah tersebut. Pemberian ini akan saya manfaatkan sepenuhnya kerana usia saya yang kini semakin meningkat dan saya ingin menjadi seorang muslimah dan hidup di dalam kecintaan kepada Al-Qran sebelum ajal menjemput saya. Terima kasih.



    p/s e-mail: dygsenandung1906@yahoo,com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih di atas pemberian naskah terjemahan Al-Quran yang baru saya terima semalam. Semoga Allah merahmati pihak anda di atas usaha yang mulia ini.

      Delete
  3. Assalamualaikum.
    Saya nak hadiahkan Al Quran ni kat sahabat saya yang akan melanjutkan pelajaran ke Yaman.
    Supaya Al Quran ini menjadi sahabat karibnya sepanjang masa. boleh hubungi saya di mawarberduri997@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. sy ingin hadiahkan alQuran ini kepada seseorang yang ingin berubah kepada kebaikan. Moga Al Quran ini dapat mendekatkan lagi dengan Allah. Boleh emel sy nurjannahhhhhhhhhhh@gmail.com

    ReplyDelete
  5. :) tahniah atas usaha anda ini. Terbaeekkk!!!!

    ReplyDelete
  6. penyertaan ditutup.penerima kelima ada contact saya ikut email.

    ReplyDelete