31.3.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mac-April 2014).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


14 comments:

  1. Assalammualaikum .

    Saya berminat untuk dapatkan Al-Quran terjemahan ini . Al-Quran ini akan saya hadiahkan kepada sahabat saya kerana tidak lama lagi hari lahirnya akan tiba . Oleh itu , saya berhasrat untuk memberi dia Al-Quran tersebut agar dia sentiasa mengingati Allah dan dapat memahami makna ayat-ayat Al-Quran disebabkan mempunyai terjemahan . Saya berharap agar dapat memilikinya . Syukron :)
    Boleh hubungi saya di emel : fatonahzaidi@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..saya berminat untuk dapatkan Al-Quran ini. Saya ingin menghadiahkan Al-Quran ini kepada diri saya sendiri. Saya juga sudah lama menginginkan Al-Quran keluaran Al-Hidayah. saya berharap ada rezeki untuk memilikinya. InsyaAllah. terima kasih.
    Emel saya: asmasalsabilazameri@gmail.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya berminat untuk mendapatkan al-Quran ini.saya ingin menghadiahkan kepada diri saya sendiri supaya saya lebih dekat dan lebih mendalami ayat-ayat al-Quran.di samping itu, saya juga ingin berkongsi al-Quran ini bersama ibu bapa saya.saya mahu kami bersama-sama mengingati ALLAH setiap masa.saya berharap saya mempunyai rezeki untuk mendapatkan al-Quran ini...insyaALLAH..amin...terima kasih.. :-)

    emel saya: liz_uin@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. maaf terlupa sertakan emeil. azlizaarbae@yahoo.com.. saya harap saya mampu mendapatkannya sebagai koleksi bahan bacaan saya agar saya tidak membaca tanpa memahami maksudnya tapi dapat khatam al-quran beserta khatam terjemahannya baru sempurna.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum pena maya, saya berminat untuk mendapatkan naskhah al-quran ini. saya harap saya mampu mendapatkannya. saya mahu hadiahkan kepada teman saya. Tak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan SPM, saya mahu dia bersedia dari segi rohani juga. mohon pena maya tunaikan. insya allah :) boleh contact saya di librodish@gmail.com salam alaikk.

    ReplyDelete
  7. maaf, email librodish@gmail.com saya tak gunakan. sila contact saya di ejatayub@gmail.com. mohon pena maya dapat tunaikan.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.okay .check your email (or spambox )...

      Delete