30.4.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mac-April 2014).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


17 comments:

  1. Salaam. Sy berminat utk dptkan al-quran ini utk adik usrah sy yg masih hijau lg dalam dunia tarbiyyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa email ye? hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,alamat penerima,nmbor tel penerima.. cakap anda ini 'SAYA 923PM'..

      Delete
  2. Assalamualaikum, saudara.

    Saya benar-benar berminat untuk memiliki salah satu daripada terjemahan Al-Quran di atas. Teringin sekali saya menghadiahkannya kepada sahabat baik saya, memandangkan beliau berada jauh daripada saya. Semoga apabila dia membaca al-quran tersebut, hubungan silaturahim kami semakin utuh. Saya yakin dia akan memanfaatkan nya sebaik mungkin.
    Terima kasih, saudara.

    Twitter : @meedaazmi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..


    Jika saya diberi peluang untuk mendapatkan naskah terjemahan Al-Quran,saya berniat untuk menghadiahkan kepada
    kawan saya.Alhamdulilah,dia dah semakin berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah sejak akhir2 ni.InsyaAllah,mungkin
    dengan pemberian Al-Quran ini boleh menjadikan Al-quran ini peneman setia hidup dia waktu dia susah dan senang
    Mudah-mudahan dia tidak tersimpang jauh daripada landasan agama lagi....

    ReplyDelete
  4. Maaf terlupa bagi alamat saya untuk dihubungi...

    nurnajihawahab@yahoo.com -e-mail......

    twitter = https://twitter.com/jieha_nur

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya berminat untuk dapatkan senaskhah alquran ini untuk dihadiahkan kepada seseorang. Moga dapat diamalkan oleh beliau. Insya allah

    ReplyDelete
  6. ADA 2 LAGI NASKHAH BERBAKI.SERTAI SEGERA.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan senaskah al-quran ini untuk diinfakkan pada seorang teman.. Semoga Al-Quran dapat menjadi sahabat serta rujukan agong olehnya.. Inshaa Allah..
    Terima Kasih..

    ReplyDelete
  8. contact : ridlistlover@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah boleh check email atau spambox.

      Delete
  9. assalamualaikum.
    saya berminat untuk memiliki senaskah al-quran terjemahan. saya nak hadiahkan pada kakak saya yg bakal mendirikan rumah tangga. memang hasrat sy untuk hadiahkan alquran terjemahan tapi bila dapat tahu ada " projek 10 alquran percuma" ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. memang dah kena dengan masa saya. saya harap saya masih berpeluang untuk dapatkan alquran terjemahan tu. ^^

    boleh hubungi saya di fatynsabri@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah boleh check email atau spambox.

      Delete
  10. assalamualaikum... saya berminat dengan Alquran terjemahan bahasa inggeris atau melayu, untuk diberikan kepada rakan cina saya yang sangat berminat utk mempelajari islam... bantu lah saya untuk membantu dia..
    email saya= zazaass@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah boleh check email atau spambox.

      Delete