27.5.14

Enam Tahun Pena Maya : Realiti Tentu Berbeza Rentaknya.

Prenote : Sebenarnya Enam Tahun Hampir Dua Bulan.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Bukan Lagi Siswa

Masya-Allah,sudah lebih tiga bulan saya tidak menulis di sini!

Kali terakhir menulis menggunakan Papan Kunci,semasa diri masih lagi bergelar Mahasiswa di Bumi Soviet [Link].

Tiga Bulan berlalu,segala-galanya telah berubah.Zaman Mahasiswa di Bumi Soviet telah habis.Tapi,apakah habisnya Zaman Mahasiswa memerlukan kita menamatkan 'Zaman Islamik' kita juga?

Ramai dalam kalangan kita Mahasiswa mungkin menjawab 'Eh kenapa pula?Dakwah mesti diteruskan'.

Tapi,realiti yang sering berlaku adalah sebaliknya.

Ramai yang 'gagah' di Medan sepanjang Alam Menuntut tewas tatkala dipeluk 'Rayuan Realiti' yang mencengkam.Rayuan yang bernama 'Harta,Wanita dan Nama'.

Ini Realiti ya Adik-Adik.

Jadi,di manakah silapnya?

Mengikut perbualan bersama Pakcik-Pakcik dan Abang-Abang yang telah lama bertapak di dalam 'Dunia Realiti' (semoga mereka semua ditetapkan hati sehingga akhir hayat),ada dua faktor yang boleh mengelakkan perkara ini dari berlaku.

Yang pertama,jangan menganggap Islam/Dakwah/Tarbiah sebagai satu 'escapism/kokurikulum'.

Yang kedua,persoalan niat.Mudah,tapi sentiasalah memperbaikinya.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu'anhu Beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda : 'Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya,atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu'.

[Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih]"

Jadi,sudah jelas kepada kita?Dakwah bukan sesuatu yang main-main.Ianya soal Prinsip.Pegangan diri dalam menegakkan kebenaran.Dan ianya perlu berlandaskan Ilmu,Tauhid dan Niat yang betul.

“Lelaki-Lelaki (Insan) boleh mati,tetapi mauqif (pendirian/ketegasan /idea) dan prinsip tidak akan mati” [Sumber]

Tapi ada lagi satu faktor yang mahu saya tambah di sini : Sindrom Manja.

Apabila menyebut 'Dakwah',kita jangan sangka ianya 'Dakwah Gembira' seperti selalu digembar-gembur dalam Internet oleh sesetengah dari kita.

Itu kekeliruan.

Dakwah adalah Proses menyampaikan kebenaran.Dan seperti diketahui,ianya adalah sesuatu yang sangat berat untuk diterima manusia.Jadi,menyampaikan kebenaran adalah pahit.

Lantas,apakah kita mampu teguh andai diri ini terlalu manja?Jujurlah wahai Pemuda.

*** *** ***

Bukannya Berhenti Menulis

Hambatan kesibukan dunia menyebabkan saya tidak lagi selalu menulis di sini,melainkan untuk mengadakan Giveaway Quran dan Buku Percuma Bulanan sahaja,yang Alhamdulillah sehingga kini masih lagi konsisten.

Sumbangan Dana amat dialu-alukan.

Jadi,timbul persoalan,jika saya tidak menulis di sini,di manakah saya menulis saat ini?

Instagram Pena Maya : @PenaMaya.Jemput follow.

Ada beberapa sebab kenapa saya menulis di sana.Tapi yang paling utama adalah kerana mudah untuk saya update dan juga Pembaca yang sentiasa ada.

Bukannya saya mengatakan tiada orang yang membaca di sini,tapi untuk mesej berjaya tersebar,platform mestilah betul.

Kenapa tidak Facebook?Soalan Senang.Saya mahu Penulisan saya dibaca,tapi saya juga tidak mahu Penulisan saya hanyut dengan elemen viral tidak bermanfaat yang pada akhirnya,Penulisan saya tidak dibaca.Biarlah mereka yang benar-benar mahu membaca yang menjadi Pembaca.

Ayat saya di atas ini contradicts itself.Biarkan.

*** *** ***

Setahun Yang Lepas

Saya sejujurnya benar-benar lupa tentang Ulangtahun PenaMaya pada Tahun ini.

Dan inilah kali pertama saya benar-benar terlupa langsung tentangnya.

Dipendekkan cerita,Gagasan Pena Maya sudah berumur Enam Tahun pada Bulan April yang lepas.Mahu tahu Sejarah Pena Maya dengan lebih lanjut?Baca sini.

Pada Tahun 2013,sempena Sambutan Ulang Tahun yang kelima Pena Maya,saya dan Krew Pena Maya menerbitkan sebuah Filem Pendek yang saya fikir masih relevan untuk ditonton.


Sila ambil perhatian,lawak blackout di dalam Video di atas adalah sempena Tragedi PRU yang melanda Negara kita Tahun lepas.

Wah,sudah setahun PRU 13 berlangsung.Apakah Manifesto yang telah ditunaikan?

Atau?

Itulah Tahap Politik kita.Kita diperbodoh sepanjang masa.Diperbodoh dengan Cerita Sitkom yang tahap lawaknya sangat rendah,diperbodoh dengan Festival-Festival yang terang-terangan adalah satu pacifier dan banyak lagi.

Oh ya,tentu ada yang terkejut dengan Penulisan saya yang sejak akhir-akhir ini (di Instagram) berbunyi agak radikal dan jujur.

Kenapa?

Fikir saya,sudah tiba masa untuk saya 'memberi',bukan lagi 'mencari rentak'.

*** *** ***

Kurang Output,Banyak Input

Apa yang saya lihat dalam Setahun ini,diri saya secara Peribadi mendapat banyak Input - Alhamdulillah,dengan izin Allah - di mana saya berpeluang mengembara ke 8 Buah Negara dalam Tempoh 12 Bulan yang lepas.

Pengalaman di Negara-Negara ini terlalu banyak untuk dikongsi,sehingga tidak semua mampu dicerita.Buku juga langsung tidak saya tulis dalam Tahun ini.Video?Hanya sebuah berjaya terhasil,dengan izin Allah.


Lantas saya membuat kesimpulan - jika tidak mampu untuk melakukan semua,lakukan apa yang termampu!

Dan lakukannya dengan penuh bermakna.

*** *** ***

Ke Mana Hala Tuju Pena Maya?

Enam Tahun Pena Maya,Blog ini masih akan saya kekalkan selagi mana wujudnya Platform Blog.Cuma kekerapan saya menulis di sini,itu subjektif.

Ingin saya menulis buku,tapi waktunya belum tiba.Buat masa sekarang,fokus saya adalah membiasakan diri dengan dunia realiti.

Bergerak di dalam Dunia Realiti,mengamalkan apa yang ditulis,meng-update apa yang dijumpai saya di Dunia Realiti di Instagram dan semoganya ini menjadi Contoh kepada Adik-Adik yang masih lagi bergelar Siswa.

Terutamanya buat mereka-mereka yang berada di Moscow.

Perancangan masa depan untuk Pena Maya besar.

Cuma,apa yang saya pasti,liku perjalanan untuk setiap kita yang ingin memegang Sunnah Dakwah ini mencabar - apa yang pasti - persiapkanlah diri kita seeloknya.

Perjalanan masih panjang.

Teruslah berlari.

*** *** ***

Terima Kasih Atas Sokongan!

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menyokong Pena Maya semenjak awal Penubuhannya sebagai Blog Nasionalis pada Tahun 2008 dahulu,dan juga mereka yang setia menyokong semenjak awal 'Kelahiran Semula' Pena Maya sebagai Blog yang bernada 'Islamik (2009).

Saya jemput Anda semua melihat Arkib Blog ini untuk menilai Perbezaan penulisan saya antara yang dahulu dan sekarang.

Pengajaran di sini : Berubah memerlukan masa.Jika Anda baru mahu mengenal Tuhan,baru mahu mengenal kebenaran - jangan terus melonjak kepada 'berat',fokuskan pada Pembinaan 'diri' Anda dahulu.

It takes time,you know.

Percayalah.

Tapi bukan bermaksud...

Ah,insya-Allah Anda faham.

*** *** ***

Terus Melaju

Bak kata Saudara saya di Moscow,Saudara OxPicture - 'Terus Melaju!'.

Kurangkan berinternet,banyakkan beramal.

Banyakkan juga membaca,dan menulis.

Sampaikan,dan terus menyampaikan.

Dunia memerlukan kita,wahai Pemuda!

Baiki hubungan dengan Penciptamu,insya-Allah kekuatan bakal menjadi milikmu.

Dan jika Anda rasa Anda pernah mendapat manfaat dari Penulisan saya,doakan saya.Agar mendapat redha Dunia Akhirat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya tidak sempat untuk tulis secara panjang lebar,kerana ada urusan lain perlu diselesaikan.Tapi,saya yakin Para Pembaca dapat menangkap Mesej saya.Untuk Pembaca baru : Klik Link ini : dan Follow semua Profile saya di Alam Maya yang Anda rasa bermanfaat.


4 comments:

  1. ya ramai yang tahu hakikat dakwah itu bukan untuk yg manja .tetapi hakikatnya masih ramai yang memanjakan diri. fuhh.


    ada suatu kata-kata
    kerja dkwah ramai yg mampu buat tapi benarkah kita mencintai dkwah ini? andai masih meletakkan pandangan dan.pujian manusia yang utama,masih tidak rela berkorban pada apa yg kita ada.


    wallahualam.

    btw well written. moga Allah beri kebaikan dan redha kepada anda dan semua manusia yg berkerja (terlibat secra lngsung dan tidak langsung)

    keep it up!

    ReplyDelete
  2. Tahniah Pena Maya kerana telah grad !! Pengalaman yg anda garap selama 5-6 tahun harapnya dapat dijadikan lampu suloh pada laluan yang benar menuju redha Illahi. Agar kejaran dunia ini bersandar pada kebahagiaan Akhirat pada setiap tika. All the best anak ku !! Anda contoh mahasiswa yang bijak pandai. Semoga lebih ramai mahasiswa yang faham agama, bukan sekadar mengejar segulung ijazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ayahanda. Semoga diredhai Allah dunia akhirat.

      Delete
  3. Tahniah atas pencapaian blog Pena Maya yang boleh bertahan sehingga tahun ke-6. Saya juga sudah mengikuti blog ini selama 4 tahun, sudah tentu gaya penulisan juga nampak berbeza dari awal sehingga sekarang. Selamat memasuki dunia realiti yang penuh dengan cabaran. Sememangnya keadaan yang sangat berbeza berbanding semasa kita belajar dahulu. Semoga PM terus berjaya di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete