20.5.14

"Giveaway Pena Maya Mei 2014 - Edisi Khas Edaran Buku-Buku Karya Ustaz Hasrizal".

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Tiga Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada PENERIMA YANG SERIUS INGIN ILMU.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?Kenapa Edisi Istimewa Ustaz Hasrizal Saifulislam.Com?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Untuk Edisi kali ini,buku-buku yang akan diedar adalah Penulisan Hasrizal.Mulai bulan lepas,saya akan cuba mengadakan Edaran Bulanan yang bertemakan sebegini.Bulan depan,mungkin buku tulisan DrMAZA pula.Atau Ustaz Zaharuddin etc.Jawapan untuk soalan 'Kenapa Hasrizal' adalah kerana Beliau ini secara zahir yang saya lihat,salah satu Akademik Tempatan dalam Bidang Sejarah yang paling menarik di Era kita dari segi pemikiran dan penulisannya.Beliau cuba memahamkan betapa penting kaitan antara Sejarah dan 'Agama'.Akar kepada tulisannya berjiwa Islam.Dan sejak keberadaannya di Turki,Penulisannya dengan izin Allah semakin mantap.Jom sertai!

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Tiga Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Tiga orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Apakah kepentingan buat kita sebagai seorang Muslim dalam memahami 'Sejarah Kebenaran (Islam)' ini?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Secangkir Teh Pengubat Letih (Travelog Tarbiah)


Penerangan : Kata orang bijak pandai,Ilmu yang sebenar terletak di jalanan,bukan di dalam rutin atau bangunan.Dan oleh kerana tidak semua mampu mengembara,untuk mendapat pengalaman seperti mengembara,bacalah penulisan mereka yang mengembara.Sebagai orang yang pernah bermusafir ke Turki,saya yakin sesiapa yang pergi ke sana dengan niat melihat Sejarah Islam,nescaya banyak pengajaran pada diri dan iman boleh didapatinya.Dan saya yakin,dengan izin Allah,buku ini dapat membuka mata mereka yang membacanya (terutama bagi golongan muda).

2)Di Hamparan Shamrock: Kuseru Nama-Mu


Penerangan : Secara jujur,saya belum lagi membaca buku ini.Hanya membaca Review di Internet.Tapi,saya yakin buku ini bagus untuk dibaca - terutamanya oleh Golongan Muda.Kerana ia menceritakan Pengalaman Ustaz Hasrizal di dalam Kembaranya.Amat bermanfaat untuk dibeli dan dibaca oleh Pelajar Universiti!


3) Transformasi Ramadan: Bagaimana Proses Sebelum, Semasa dan Selepas Ramadan Menjana Manusia Efektif


Penerangan : Kebanyakan kita hanya beragama tatkala Hari Jumaat.'Beragama' tatkala minggu pertama Ramadhan.Kasar bunyinya.Tapi itu realiti.Apakah ini benar?Oleh kerana Ramadhan semakin hampir,saya meletakkan buku ini dalam senarai,agar Ramadhan kali ini kita tempuhi dengan Ilmu.Dan semoga Allah redha.Sesuai dihadiah untuk keluarga kita.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Sangka mahu tambah beberapa buku,tapi sukar didapati secara pembelian Online.Jadi,pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 3 Buku akan diedar kepada 3 Orang Penerima YANG SERIUS.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


8 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,

    Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku #3 - Transformasi Ramadan.Buku ini adalah untuk pembacaan saya sendiri, memandangkan Ramadan semakin hampir, maka saya berusaha untuk merubah diri menjadi "orang baru" seusai berakhirnya Ramadan kelak, insya Allah.

    Jawapan kepada Persoalan, adalah sangat penting bagi kita seorang Islam untuk memahami sejarah kebenaran Islam kerana kita perlu menjadi seorang Muslim yang beridentitikan Islam bukan sekadar mengikut-ngikut tanpa pengetahuan asas mengapa sesuatu perkara itu perlu dibuat atau dipatuhi.

    Saya boleh dihubungi melalui email: neeza79@yahoo.com.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. jika tidak dapat email,cek spambox or email saya di pospenamaya@gmail.com nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima dan nyatakan anda ini neeza79

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya ingin buku nombor 1 sudah lama saya ingin mendapatkannya tetapi tak dapat nak cari di sini :) saya harap saya dapat memiliki buku ini utk menyucikan jiwa saya dan sbg panduan utk bermusafir.
    Apabila kita byk mengembara dari situ kita akan faham kehidupan manusia lain.


    Boleh emel ecah119@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. jika tidak dapat email,cek spambox or email saya di pospenamaya@gmail.com nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima dan nyatakan anda ini ecah119

      Delete
  3. Assalamualaikum. sy berminat utj menyertai. sy mahukan buku no1-secangkir teh pengubat letih utk pembacaan sy sendiri.

    jwpn bg soalan anda ialah: kita perlu untuk belajar mengenai sejarah kebenaran islam kerana kita sebagai muslim seharusnya ada pengetahuan yg kukuh mengenai Islam itu sendiribahkan,kita juga harus ambil iktibar dr sejarah itu sendiri agar kita tidak dilabelkan sebagai org yg bertaqlid semata-mata. bukankah Allah jugabada menyatakan dlm Al-Quran utk org2 berfikir....

    boleh hubungi saya di xamirahx@gmail.com .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. jika tidak dapat email,cek spambox or email saya di pospenamaya@gmail.com nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima dan nyatakan anda ini xamirahx

      Delete
  4. PENYERTAAN DITUTUP.untuk next session harapnya peserta boleh jawab soalan. ramai komen tidak jawab soalan.

    ReplyDelete