12.6.14

"Giveaway Pena Maya Jun 2014 - Edisi Khas Edaran Buku-Buku Karya DrMAZA".

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Tiga Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada PENERIMA YANG SERIUS INGIN ILMU.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima! Tidak jawab soalan?Tidak dapat buku.

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?Kenapa Edisi Istimewa DrMAZA?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Untuk Edisi kali ini,buku-buku yang akan diedar adalah Penulisan DrMAZA.Mulai bulan Mac 2014,saya akan cuba mengadakan Edaran Bulanan yang bertemakan sebegini.Bulan depan,mungkin buku tulisan UZAR pula.Atau Ustaz Mazlee etc.Jawapan untuk soalan 'Kenapa DrMAZA' adalah disebabkan sejujurnya - saya mengikuti penulisan Beliau semenjak sekolah menengah lagi - semasa beliau masih menjadi Mufti Perlis - dalam kolum Mingguan Malaysia.Saya ketika itu - tidak 'faham' akan Islam - tapi saya suka membaca Penulisannya.Jadi,bila tahun berlalu,saya mendapati DrMAZA merupakan Penulis yang dengan izin Allah SWT dapat memberi mesej yang jelas tentang Islam kepada Golongan Urban/Profesional/Akademik/Non-Muslim kerana Penulisannya berdasarkan Quran,Sunnah,Dalil dan Fakta.Jadi,apa tunggu lagi.Jom sertai!

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Tiga Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Tiga orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Kenapa kita kena faham Islam dengan Ilmu?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

2) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

3) Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

4) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat


Penerangan : Secara jujurnya - saya merasakan,cara orang Malaysia berpolitik (baca : rakyat Melayu Marhaen) amat tidak matang.Kita amat taksub dengan Pemimpin.Kadang-kadang benda yang sudah jelas salah,kita mahu pertahankan juga.Astaghfirullahalazim.Buku ini - banyak menyentuh Perihal "Mentaliti" Umat Islam di Malaysia dalam Isu Politik.Saya amat cadangkan buku ini.Bagus.Saya sudah baca.Isinya sebenarnya tidak terhad kepada Politik semata - ada juga tentang Taubat etc.Dan buku ini,amat rare (susah dijumpai) - terutamanya di Bandar Kecil.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Sangka mahu tambah beberapa buku,tapi sukar didapati secara pembelian Online.Jadi,pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 3 Buku akan diedar kepada 3 Orang Penerima YANG SERIUS.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


9 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai untuk menambah tsaqafah saya dalam sirah Rasulullah dan para sahabat.Saya mahukan buku Nombor 3.Buku ini akan dihadiahkan kepada diri saya sendiri. Jawapan kepada Persoalan mengapa Islam perlu difahami dengan ilmu adalah kerana tanpa ilmu, amal tidak sempurna, umpama mendirikan solat tanpa mengetahui makna dan kepentingan solat amatlah rugi.Boleh hubungi saya di email dayah92nas@gmail.com .

    Jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. okay sudah dihubungi. kalau takde email,cek spambox.atau email saya ke pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai untuk membuka minda saya mengenai perubahan diri. Saya mungkin dah berubah menjadi sesorang yang baik, tapi saya ingin belajar berubah lebih baik.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiahkan kepada diri saya sendiri. Jawapan kepada Persoalan mengapa Islam perlu difahami dengan ilmu adalah kerana setiap sesuatu tindakan yang betul memerlukan ilmu yang betul. Jika kita jahil dalam ilmu agama, bagaimana kita boleh mengamalkan Islam secara syumul.Boleh hubungi saya di email eqachan@gmail.com .

    Jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. okay sudah dihubungi. kalau takde email,cek spambox.atau email saya ke pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. Assalamualaikum . Saya berminat untuk menyertai . Saya mahukan buku number 2 . Buku ini akan dihadiahkan pada diri saya dan InsyaAllah akan saya kongsikan dengan orang lain apabila saya sudah habis membacanya . Jawapan kepada Persoalan mengapa Islam perlu difahami dengan ilmu adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab buat kita khususnya umat Islam perlu memahami Islam dengan adanya ilmu . Jika tidak , kita tak akan mampu mempraktikkan sesuatu dlm kehidupan kita . Tanpa adanya ilmu , kita akan melakukan sesuatu tanpa kita memahami apa tujuan kita melakukan perkara tersebut . Jadi penting bagi kita untuk mempunyai ilmu dalam Islam . InsyaAllah dengan adanya ilmu kita dapat menjawab persoalan tentang Islam yg akan ditanya oleh seseorang dgn baik . Maaf jika jawapan saya kurang tepat . Ini hanya pada pandangan saya saja . Segala baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan adalah dari saya sendiri . Boleh hubungi saya di email fatonahzaidi@yahoo.com

    Jazakallahu khairan katsira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. okay sudah dihubungi. kalau takde email,cek spambox.atau email saya ke pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai kerana saya ingin belajar untuk berfikir di luar kotak serta reset minda saya semula agar cara fikiran saya dapat menegakkan agama dalam diri dan menegakkan agama di muka bumi.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah kepada diri saya sendiri,InsyaAllah..Jawapan kepada Persoalan mengapa kita harus memahami Islam dengan Ilmu adalah kerana telah difirman oleh Allah dalam al-Quran dalam Surah Faatir ayat 28: " Innama Yaghshallaha Abdihil Ulama' yang bererti sesungguhnya di antara hamba-hambaNYA yang paling takut kepada ALLAH,hanyalah ulama'; yakni orang yang berilmu.Islam adalah penyerahan diri kepada Allah.Ilmu diibaratkan seperti buah-buah ranum yang tumbuh di dahan-dahan sebatang pohon.Tanpa ilmu di mana mampu kita mengenali Pencipta Alam,tanpa ilmu tiadalah rasa takut kepada Allah,ketaatan kepada Rasulullah dan penyerahan diri yang sebenarnya kepada Islam..Boleh hubungi saya di shahriz.erma@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. okay sudah dihubungi. kalau takde email,cek spambox.atau email saya ke pospenamaya@gmail.com

      Delete
  5. ber'hiatus' daripada menulis spt thn lepaskah?

    ReplyDelete