14.7.14

"Giveaway Pena Maya Julai 2014 - Edisi Khas Edaran Buku-Buku Karya UZAR".

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Tiga Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada PENERIMA YANG SERIUS INGIN ILMU.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima! Tidak jawab soalan?Tidak dapat buku.

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?Kenapa Edisi Istimewa UZAR?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Untuk Edisi kali ini,buku-buku yang akan diedar adalah Penulisan UZAR.Jawapan untuk soalan 'Kenapa UZAR' adalah disebabkan di Malaysia ini kita amat kekurangan,malah sebenarnya kita ketandusan Akademik yang mampu berbicara mengenai kewangan Islam berasaskan dalil dan profesionalisme.UZAR merupakan salah seorang Akademik yang saya yakini pandangannya - terutama dalam bidang Kewangan.Anda keliru tentang Isu Riba dan Rasuah etc?Jom dapatkan buku tulisannya di bawah ini,PERCUMA!

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang akan mati yang sedang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Tiga Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Tiga orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Ramadhan - Bagaimanakah cara untuk kita melajukan Ibadah pada Baki bulan Ramadhan ini? Kenapa kena tingkatkan amal di bulan Ramadhan?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.Jika Anda Non-Muslim yang ingin mendapatkan Buku-Buku ini - ANDA TIDAK PERLU JAWAB SOALAN.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Riba dan Isu Kewangan Semasa (Keingkaran Menempah Ancaman)


Penerangan : Dewasa ini,saya lihat ramai dalam kalangan kita mahu menjadi kaya.Bagus.Tapi yang tidak bagus sebab ramai tidak kisahkan halal/haram duit yang bakal didapati itu nanti.Apakah ia berkat,riba dan sebagainya - semua ini kita sudah tidak peduli.Jangan begitu.Ketahuilah,setiap harta yang didapati akan ditanya di Akhirat kelak sumbernya.Buku ini bagus bagi yang sedang terlibat dalam dunia perniagaan/pekerjaan/kewangan atau sekadar mahu menambah Ilmu.Jom!

2) Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk Asas


Penerangan : Sama seperti Deskripsi buku di atas : Dewasa ini,saya lihat ramai dalam kalangan kita mahu menjadi kaya.Bagus.Tapi yang tidak bagus sebab ramai tidak kisahkan halal/haram duit yang bakal didapati itu nanti.Apakah ia berkat,riba dan sebagainya - semua ini kita sudah tidak peduli.Jangan begitu.Ketahuilah,setiap harta yang didapati akan ditanya di Akhirat kelak sumbernya.Buku ini bagus bagi yang sedang terlibat dalam dunia perniagaan/pekerjaan/kewangan atau sekadar mahu menambah Ilmu.Jom!.

3) Indahnya Politik Cara Islam


Penerangan : Antara banyak Punca Islam tercemar (disalah-fahami) di Malaysia ini adalah kerana sikap sesetengah kita yang mengaku 'Muslim' yang suka mempamerkan sikap 'jahil' apabila terlibat dalam Politik.Sedangkan - pada hakikatnya Islam bukan sebegitu.Jadi,buku ini saya cadangkan kepada Anda yang mana Politik menjadi zikir harian Anda - agar dengan ini harapannya - tidak lagi perlakuan kita menjadi fitnah punca salah faham orang kepada Islam.Atau mungkin,boleh hadiahkan pada kawan-kawan/keluarga yang mempunyai salah faham terhadap Politik Islam.

4) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

5) A Comprehensive Prayer Formula


Penerangan : Di Malaysia ini,bukan semua yang bergelar Muslim itu fasih berbahasa Melayu.Sedangkan buku rujukan tentang Islam dalam Bahasa selain Melayu - sangatlah sukar didapati.Jadi,buku ini merupakan Panduan Solat Sempurna ditulis UZAR dalam Bahasa Inggeris.Saya cadangkan Anda dapatkan buku ini dan hadiahkan pada Kawan Non-Muslim yang baru berniat memeluk Islam/Saudara/Family Anda yang prefer English.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Sangka mahu tambah beberapa buku,tapi sukar didapati secara pembelian Online.Jadi,pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 3 Buku akan diedar kepada 3 Orang Penerima YANG SERIUS.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


12 comments:

  1. Buku riba dan isu kewangan semasa menjadi pilihan kerana saya amat keliru tentang amalan perbankan serta pelaburan2 di seantero dunia pada hari ini dan diharpkan buku tersebut mampu merungkai sistem kewangan hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terlupa... Untuk jawapan soalan, kita perlulah sntiasa bersegera melakukan kebaikan.. Fastabiqulkhairat... rugi tidak rebut amalan dlaam bulan puasa.. maaf tak jawab soalan..

      Delete
    2. salam.. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima,alamat penerima dan nmbor tepon penerima.

      Delete
  2. kepada anda yang lain : ada dua naskhah lagi! tolong jawab soalan okay.

    ReplyDelete
  3. Saya berminat utk dapatkan buku Indahnya Politik Cara Islam utk mengetahui tatacara berpolitik mengikut garisan panduan syarak dan sunnah.

    Cara utk melajukan ibadah dibulan Ramadhan mudah saja. Cuma matikan telefon bimbit & mula membaca alquran. Solat berjemaah di masjid dpt membuatkan kita beribadat dan bertadarus dgn tenang tanpa sebarang gangguan. Allah sudah janjikan pahala yang banyak dlm bulan ramadhan.

    Email saya nasir91_halimi@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. kepada anda yang lain,ada satu lagi naskhah buku untuk diedar.dapatkan segera!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku panduan perbankan Islam. Buku ini akandihadiah/diberi kepada saya sendiri dan dikongsi ilmunya dengan teman-teman.Jawapan kepada persoalan anda adalah perlunya kepada suatu perubahan pengurusan masa di bula Ramadhan. Berbeza dengan bulan-bulan yang lain,bulan Ramadhan ialah sebuah bulan yang padanya dilimpahi rahmat dan dilipatgandakan pahala bagi yang beriman. Dengan pengurusan masa yang baik an berbeza dengan bulan-bulan lain,kita dapat memaksimalkan amalan-amalan kita dari terbit fajar sehingga terbit fajar keesokan harinya. Sebarang perkara yang sia-sia dapat dihindari dan sudah tentu amalan-amalan yang baik lebih banyak kita jalankan. Boleh hubungi saya di vines_vans@yahoo.com .

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya berminat utk mndapatkan buku bertajuk Riba dan Isu Kewangan Semasa. Buku ini akan dijadikan panduan dlm memahami riba serta amalan ekonomi yg berlandaskan hukum syarak.

    Kenapa perlu tingkatkan amal ibadah pada baki ramadhan ini?
    kerana pada bulan ramadhan terbuka pintu-pintu rahmat dan siapa yang berani jamin ini bukan ramadhan terakhir kita? email saya elbarto563@gmail.com

    ReplyDelete
  7. okay penyertaan ditutup.cuba lagi next month.

    ReplyDelete