24.7.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Julai-Ogos 2014).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.Terjemahan English bergantung pada Dana dan Permintaan.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


4 comments:

  1. Untuk Edisi ini, Pihak Pena Maya Enterprise menyumbangkan Lima Naskhah Al-Quran kepada Perkahwinan sepasang Pendakwah Muda (atas request mereka) - kerana diyakini - melalui persahabatan dengan Pengantin Lelaki secara Peribadi yang merupakan seorang yang serius dalam Dakwah dan Tarbiah - mereka akan membudayakan Pembacaan Terjemahan Al-Quran dengan baik dalam keluarga mereka kelak (termasuk saudara mara).

    Selain itu,Pihak Pena Maya bersetuju sumbang kerana sebagai satu Mesej kepada Masyarakat.Tapi setujunya Pihak Pena Maya kerana yakin ianya akan dimanfaat. Bukan sesuka hati sahaja Pihak Pena Maya mengguna Dana Infak untuk tujuan ini.

    Kepada Anda yang lain,jika mahukan Terjemahan Quran samada ianya BM/BI/ Bahasa Cina - just komen dan nyatakan anda mahu bagi kat sapa.Saya akan cuba cari.


    SEBARKAN KALIMAH ALLAH!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Pertama sekali ribuan tahniah atas usaha yang dilakukan. Moga diberkati Allah.
    Selepas hari raya yang lalu, saya dikunjungi oleh ibu bapa saya dan mereka tinggal beberapa hari di rumah. Setelah berbual-bual, timbul pertanyaan ibu saya tentang terjemahan Al-Quran.

    Katanya beliau ada terjemahan di kg yang difotostatkan namun bahasanya tunggang langgang. Terus saya tunjukkan terjemahan Al-Quran saya kepadanya & ibu saya berminat untuk mendapatkannya. Saya menyatakan hasrat ibu kepada isteri, tetapi isteri agak keberatan memberikan naskah terbabit kerana ia merupakan hadiah hantaran perkahwinan kami & mempunyai nilai sentimentel.

    Saya membuat keputusan untuk membeli senaskah yang baru untuk ibu tetapi sedang melayari Internet saya terjumpa Laman ini yang memberi naskah Terjemahan percuma. Maka terus saya berminat untuk mendapatkan naskah ini sekiranya masih berpeluang.

    Namun sekiranya ada pihak yang lebih memerlukan, berikan kepada pihak yang berkenaan. Saya cuma berminat dengan konsep Sumbangan ini.. Terima kasih & teruskan dengan idea-idea sumbangan ini.

    ReplyDelete
  3. boleh hubungi saya di aril_shahdi@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt. saya sudah hubungi anda di pospenamaya@gmail.com ... berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.

      Delete