9.8.14

Blogger's Block Terlama Dialami.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Blogger's Block

Istilah yang sebenar adalah Writer's block.

Keadaan di mana Penulis tiada Idea menulis.

Sebenarnya ada,tapi mungkin kerana kemalasan atau kesibukan - tidak terzahir penulisan.

Sudah setahun saya tidak menulis di sini.

Lebih setahun.

Penulisan saya semuanya dikemaskini di Instagram.

Membazir pula rasanya.

Semua coretan penting di Spain,Portugal,Italy,France,Latvia dan Vatican City ditulis di sana.

Sesuatu perlu diusahakan.

Bila buka Internet,buka laman sosial - semua mahu menjadi hero.

Apakah saya juga mahu menjadi hero?

Yang penting, Akhirat nanti, semua kita membawa satu buku catatan.

Buatlah apa yang dirasa perlu, agar mendapat keredhaan-Nya.

"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)" [6 : 94]

Assalamualaikum.

Dan Selamat Beramal.


Coretan Malam

No comments:

Post a Comment