16.8.14

Projek Edaran Terjemahan Quran (English/Melayu) + Majalah Sinergi (FREE + FREE DELIVERY).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Team Majalah Sinergi membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,cuma untuk kerjasama ini,setiap Penerima akan menerima Majalah Sinergi Percuma bersama dengan Naskhah Al-Quran Terjemahan dalam bahasa yang dipilih mereka.

  • Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

  • Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

  • Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

  • Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

  • Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

  • Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

  • Bentuk Al-Quran dan Majalah Sinergi yang bakal diterima Penerima? :



    Kalau Mahu Al-Quran English,Nyatakan Di Dalam Komen


  • *** *** ***

    Berminat?

    Teruskan membaca.

    Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

    Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

    Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

    Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

    Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

    Jadi,tulislah komen elok-elok.

    Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

    Kemusykilan Lagi?

    Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

    *** *** ***

    Akhirnya

    Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

    Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

    Itu sahaja.

    Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

    P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

    P/P/S : Nama lain bagi Entri ini adalah : Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Julai-Ogos 2014).



    14 comments:

    1. Assalammualaikum..

      Saya berminat untuk dapatkan Al-Quran terjemahan ini, untuk diri saya. Disebabkan kekurangan duit dan saya masih lagi seorang pelajar saya tidak dapat memiliki Al-Quran ini. Dengan Al-Quran yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja saya berharap dapat memiliki Al-Quran terjemahan ini untuk saya pelajari dan lebih memahami makna ayat Al-Quran di samping mendidik hati saya untuk lebih cintakan Al-Quran.
      Hubungi saya : eyqamichi@yahoo.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.boleh check email.kalau tak dapat,tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com

        Delete
    2. Assalamualaikum admin..terima kasih beri peluang kepada diri ini..ALHAMDULILLAH ada rezeki saya..saya berhasrat untuk menghadiahkan tafsir untuk diri sendiri..boleh hubungi saya di email warkahbuatumum@gmail.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.boleh check email.kalau tak dapat,tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com

        Delete
    3. Assalamualaikum warahmatullah..
      Semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha admin dan rakan2 yang lain.. Ameen..
      Saya berminat untuk memiliki Al-Quran ini untuk diri sendiri, untuk memulakan langkah menghafal ayat2 suci Al-Quran. Semoga admin dan rakan2 memperoleh saham yg berterusan selagi Al-quran ini digunakan. Ameen.
      Hubungi saya di sakinah2606@gmail.com
      Jazakumullah khairan kathira.

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.boleh check email.kalau tak dapat,tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com

        Delete
    4. Salam wbt admin.

      Saya berminat untuk mendapatkan Al Quran ini untuk dihadiahkan kepada seorang sahabat baik saya yang sedang dalam fasa untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah.

      Beliau sedang mendapati Islam. Saya berharap agar hadiah Al Quran yang sangat bermakna ini akan membantu nya lebih memahami manual umat

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com . saya tiada email anda. dan tidak boleh hubungi anda.

        Delete
    5. Assalamualaikum Admin

      Semoga Allah memberkati admin dalam usaha dakwah atas islam
      Insya Allah

      Admin... Saya berminat utk mendapatkn senakah Al Quran yg admin sertakan.... Dengan Ada Al quran bersaiz mudah insyaAllah sy akan lebih dekat dan memahami Kalamullah diikuti dgn terjemahan... InsyaAllah... Saya akn lebih tekun dan berusaha dalam setiap urusan saya dan ibadah yg saya lakukan Insya Allah

      Hubungi sy : sufi_ifus92@yahoo.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.boleh check email.kalau tak dapat,tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com

        Delete
    6. Assalamualaikum admin.

      Saya ingin menghadiahkan adik, ibu dan ayah saya Al-Quran terjemahan. Apabila saya masuk di IPT, saya mula tersentuh dengan ayat2 di dlm Al-Quran terjemahan yang dijual oleh kakak2 di IPT. Tetapi saya juga mahu keluarga saya merasai kemanisan Islam dan bersama2 meraih syurga dan redhaNya. In shaa Allah saya akan sedikit-sedikit mendedahkan keluarga saya tentang Islam dan mengamalkan gaya hidup Islam. Saya berharap Allah mengabulkan doa hambaNya melalui admin. In shaa Allah

      Hubungi saya: solehahsorfina@gmail.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. walaikumsalam. segala Puji hanya bagi Allah anda dapat quran ni.boleh check email.kalau tak dapat,tolong email saya ke pospenamaya@gmail.com

        Delete
    7. penyertaan ditutup. next month insyaAllah akan ada lagi edaran.actually every month ada. so keep your eyes open.

      ReplyDelete