7.9.14

"Giveaway Pena Maya September 2014 - Menalar Makna Diri (3 Naskhah PERCUMA)".

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi September 2014


Tiga naskhah buku 'Menalar Makna Diri' tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil akan diedarkan secara PERCUMA berserta FREE DELIVERY ke seluruh Malaysia.

Kenapa Buku Ini?

"BUKU TERBAIK YANG DIBACA OLEH SAYA PADA TAHUN 2014 - itu komen saya tentang buku ini.Sangat terinspirasi diri setelah membaca buku yang mengajak Para Pemuda untuk berdakwah ini.Bak kata orang lama, "Sesiapa yang tidak merasai, tidak akan memahami!"".

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang di dalam Proses Mencari Kebenaran.

Mekanisme Giveaway?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Kenapa kita perlu memahami Sejarah Islam dan Tanah Air kita? Apa kesannya (memahami sejarah) pada diri dalam mengamalkan Islam?

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


10 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada saya sendiri .Jawapan kepada Persoalan anda adalah supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan nukilan segelintir penulis sejarah yang sedaya upaya menyebarkan faham mereka dengan bahasa-bahasa halus demi memenuhi agenda pihak tertentu walaupun sejarah yang mereka tulis itu tepat tetapi penuh tipu muslihat . Kesan memahami sejarah kepada diri saya dalam mengamalkan islam ialah membuatkan saya mempunyai sifat mencari maklumat sehingga dapat tentang hadis-hadis yang tersebar secara luas di media massa yang kesahihannya tidak diketahui . .Boleh hubungi saya di kingphisher10@gmail.com .

    *maaf jika jawapan tiada kena mengena

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah email. tahniah dapat buku alhamdulillah. tak mengapa. jawapan anda sudah cukup bagus. saya juga dapat manfaat. insyaAllah .boleh balas email saya atau email saya di pospenamaya@gmail.com kalau email saya anda tak dapat.

      Delete
    2. Wah terima kasih ! Tak sangka jawapan saya diterima . Email anda sudah saya balas :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah kepada diri saya sendiri yang sukakan sejarah. Jawapan kepada Persoalan anda adalah kita perlu memahami sejarah islam dan tanah air kita adalah kerana untuk memajukan diri, agama, dan negara, kita perlu mempelajari sejarah dan memahaminya. Mempelajari sejarah bukan hanya mengingati tarikh dan siapa yang terlibat tetapi mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku supaya ianya tidak berulang lagi. Memahami sejarah juga bukan hanya sekadar di dalam peperiksaan tetapi mendidik diri dan masyarakat yang seolah oleh hanyut seakan-akan melupakan sejarah yang lepas. Kesan memahami sejarah adalah dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu sejarah dan tamadun itu. Dengannya akan lahirlah sejarawan penulis sejarah yang menulis sejarah berdasarkan fakta dan pengajaran yang boleh diambil. Boleh hubungi saya di ungu_comel@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah email. tahniah dapat buku alhamdulillah. insyaAllah .boleh balas email saya atau email saya di pospenamaya@gmail.com kalau email saya anda tak dapat.

      Delete
  3. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dibaca oleh diri sendiri dan ahli keluarga saya. Jawapan kepada persoalan anda adalah 1) "Kenapa kita perlu memahami Sejarah Islam dan Tanah Air kita? Kita perlu memahami Sejarah Islam dan Tanah Air kita agar kita dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan mundurnya sesuatu tamadun itu. Justeru, langkah yang perlu dapat diambil agar tragedi kemunduran tidak berulang. Apa kesannya (memahami sejarah) pada diri dalam mengamalkan Islam? Kesannya, diri sendiri akan lebih cakna terhadap isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam di serata dunia. Diri sendiri akan lebih merasa terpanggil untuk menyumbang kepada Islam. Boleh hubungi saya di faisal278@gmail.com terima kasih. Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah email. tahniah dapat buku alhamdulillah. insyaAllah .boleh balas email saya atau email saya di pospenamaya@gmail.com kalau email saya anda tak dapat.

      Delete
    2. sebenarnya saya nak tulis panjang lagi, tapi takut terlepas peluang sebab lambat. hehe. Alhamdulillah..

      Delete
  4. penyertaan ditutup. maaf kepada yang komen tapi tak dapat buku. tapi dana terhad. boleh watch this space again. banyak buku /quran diberi setiap bulan.

    follow @penamaya di insta dan twitter untuk info lanjut.

    ReplyDelete