9.9.14

Enam Tahun Di Russia : Siapa Tolstoy (Biografi)?

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Ibu Soviet

Russia bukan sahaja tempat saya tinggal selama enam tahun (atau tujuh?), tapi ia juga menukar pemikiran saya 180’ dari seorang yang berfikiran nasionalis sempit kepada (Alhamdulillah) pemuda yang berfikiran terbuka dan mencari kebenaran. Di sana saya menjumpai Islam. Di sana saya menjumpai konsep kesamarataan. Dan di sana saya memahami pelbagai lagi perkara yang insya-Allah sukar saya jumpai jika tidak berada di sana.

Ramai di antara kita berbicara mengenai komunisme tanpa pernah melihat apakah kesan komunisme kepada manusia yang mengangkatnya sebagai 'Agama'. Ramai dari kita berbicara mengenai kapitalisme, tanpa sedikitpun memahami apakah itu kapitalisme dalam konteks yang sebenar. Kebanyakan kita hanya bersangka-sangka.

Russia memperkenalkan saya kepada banyak Tokoh Pemikir. Yang mana, Para Pemikir ini kurang dikenali kerana sistem pendidikan Negara kita yang tidak menggalakkan kita berfikir.

Ya, mungkin mereka bukan Muslim, tapi fikiran-fikiran mereka itu yang banyak kelemahannya, membuatkan saya tercari-cari apakah konsep sebenar kehidupan ini?

Lantas,semakin percayalah saya dengan mesej Al-Quran. Alhamdulillah.

*** *** ***

Pencarian.

Jika anda buka Google sekarang, ada doodle Tolstoy.

Siapa Tolstoy? Bagi saya jika Anda study di Russia, dan Anda tidak mengkaji tentang (atau sekurangnya memahami konsep) Tolstoy,Soviet,Komunisme,Orthodox Christian etc, buang masa sahaja keberadaan Anda di sana.

Tapi sayang, kebanayakan Mahasiswa kita di luar Negara jarang yang mengambil peluang sebegini. Saya berani katakan ayat sebelum ini dengan yakin kerana saya pernah berada di dalam lingkungan Mahasiswa Luar Negara selama lebih 5 tahun.

No offense intended.

"Di Russia, ada banyak figure Penulis yang mendorong terlahirnya Pemikiran Lenin dan Stalin. Mereka ini lahir Pra-Lenin. Antara yang paling terkenal - Tolstoy, Pushkin dan Dostoevsky. Kita bagaimana? Mungkinkah perlakuan kita hari ini akan mendorong lahirnya Pejuang Kebenaran (Islam) yang baru? Atau, kita hanya tanpa disedari dalam Proses Mendorong kelahiran satu lagi Generasi Hedonists?" [Pena Maya]

If I recount this conversation with Proudhon, it is to show that, in my personal experience, he was the only man who understood the significance of education and of the printing press in our time [Tolstoy]

Orang-orang pandai itu mestilah orang yang berfikir. Tapi orang yang berfikir tidak semestinya pandai. Untuk menjadi pandai, ilmu dan pergaulan dengan manusia perlu seimbang. Di situ akan lahirnya keinginan untuk faham. Tapi mesti diingat. Kefahaman yang sebenar, hanya Allah SWT sahaja yang mampu mendatangkannya kepada kita. Mohonlah kepada Tuhan agar dikurnia kefahaman dalam hidup ini.

Tolstoy ini saya fikir sangat menarik untuk dikaji pemikirannya. Ada beberapa Muzium tentangnya di Moscow yang penting.

Salah satu point utama yang perlu dikaji tentang Tolstoy adalah perubahan pemikirannya di suku akhir kehidupannya.

Beliau menjadi seorang christian anarchist (well, itu yang mereka istilahkannya).

Hidup dalam seclusion, malah penulisannya di akhir hidup bertema pencarian.

Jika dilihat timeline gambarnya di muzium, aura pencarian ini jelas kelihatan. Pencarian akan satu kebenaran. Menentang keejahilan yang melanda.

Saya mula berminat untuk mengkaji Tolstoy selepas membeli buku secondhand tulisannya di tepi jalan. Tajuk : Hadji Murat.

Pakcik Tua penjual buku itu memberitahu : ‘Ini dia tulis selepas pergi kawasan Muslim Majoriti”.

Satu perkara yang saya perasan akan orang Barat ini, mereka suka mengembara. Dan berfikir. Serta berefleksi.

Sifat ini sepatutnya ada pada Muslim. Apakah kita lupa ketika mana Cordoba telah menjadi Pusat Ilmu sedunia, London masih lagi berada dalam kegelapan?

Selain itu, ada sebuah urban legend tentang Tolstoy. Dikhabarkan, Beliau memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Wallahualam.

Bagi yang masih lagi berada di Moscow, ada kesempatan boleh mengembara ke Yasnaya Polyana, kediaman terakhir Tolstoy. Saya tidak sempat pergi ke sana. Rugi rasanya.

Kesimpulan saya di sini, Russia adalah sebuah Negara yang banyak sejarahnya.

Apakah? (terjemahan secara langsung dari Bahasa Inggeris - What the?).

Bukan sekadar Russia, dunia ini sebuah tempat untuk kita belajar. Di setiap sudut ada mesej yang boleh terzahir andai kita ingin mencari kebenaran.

Kebenaran yang jika ikhlas pencarian itu, akan membawa kita kepada Islam.

Tapi sekali lagi sayang, akibat pemikiran yang tertutup, sukar untuk mencambahkan minat ‘mencari’ dan ‘memahamirealiti pada masyarakat di Malaysia.

Susah.

Tapi ia tidak mustahil!

*** *** ***

Penamat Satu Lagi Artikel

Pada akhirnya, salah satu tips untuk kita mendapat manfaat dari satu-satu Penulisan adalah dengan membuat follow-up pada terma-terma yang terkandung yang kita tidak faham tentangnya.

Google it, Orang Putih kata. Alah bisa , tegal biasa. Lama-lama mesti banyak yang kita insya-Allah akan tahu.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Mahu tahu tahap keberjayaan education kita menghasilkan mereka yang berfikir, lihat blog-blog Generasi Muda kita. Kebanyakannya menyedihkan.

P/P/S : Sila baca link-link yang saya kongsikan dalam Penulisan ini sebagai bacaan tambahan.



4 comments:

  1. Renung dan Fikir....I like.

    Sayang melihat anak muda yg bazirkan masa sekadar di 3 K - Klas, Kafe, Katil

    Dunia yang terbentang bukti kebesaran Allah untuk kita semua terokai supaya makin hampir dan makin taat kepada Pencipta bukan kepad yang di cipta --> Worship the Craetor, not the creation

    ReplyDelete
  2. Umar - Jika ada kelapangan jemput ke rumah saya di hujung minggu untuk berkenalan...

    ReplyDelete
  3. Check gmail. Saya akan hubungi melalui gmail Umar for info. Thx

    ReplyDelete