3.9.14

Sempena Merdeka : Idealisme Anak Muda - Jangan Terlalu Lebat (Sembang).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Masyarakat

Di dalam Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 10 buah negeri.

Dan di dalam Negeri-Negeri ini, masing-masing punya kelainan - dari segi adat,budaya mahupun bahasa.

Ya, mungkin kebanyakannya menggunakan Bahasa Melayu.

Tapi, dalam lingkungan sepuluh kilometer, orang yang menuturkan bahasa yang sama ini - mengamalkannya dengan loghat berbeza.

Ada Bahasa Melayu versi Pahang, versi Cina, versi India dan sebagainya.

Adatlah.

Manusia memang berbeza.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Al-Hujurat : 13]

Berbeza.

*** *** ***

Liberal

18 Negara saya telah jejakkan kaki - dengan izin Allah, Alhamdulillah - banyak yang saya tidak kongsikan dengan manusia lain pengalaman yang didapati di sana.

Pelbagai manusia yang saya telah jumpa - dengan izin Allah, Alhamdulillah.

Dari runtuhan Andalusia sehingga ke Vatican City - semuanya ada kaitan jika diperhati.

Salah satu yang sering saya fikir tentang tempat-tempat yang berbeza ini - apakah boleh unsur di kawasan A wujud di kawasan B?

Bolehkah unsur Roman Pagan wujud di Sri Lanka dengan tenang, tanpa timbul keraguan?

Bolehkah unsur Ortodoks Eropah Timur wujud di Stockholm - tanpa prejudis?

Jawapannya tidak.

Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini, yang boleh mendepani perbezaan sepenuhnya adalah Islam.

Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad SAW. Islam - Mesej dari Maha Pencipta, Tuhan yang Maha Esa. The Only God.

Stockholm, Tallinn, Helsinki, Firenze, Paris, Moscow - sebutkan sahaja nama bandar yang Anda ketahui - Islam boleh mekar dan mekar di sana tanpa sebarang halangan.

Tiada unsur 'kebaikan' yang terpaksa dikompromi untuk Islam diterima.

Hanya 'kebodohan' sahaja yang perlu diubah.

Islam itulah Liberal yang sebenar.

Islam itulah Pembebasan yang sebenar.

Setinggi-tinggi tahap yang manusia boleh pergi adalah dengan menjadi hamba kepada Maha Pencipta.

Itulah 'Liberal' yang hakiki.

*** *** ***

Idealisme

Saya semakin hari semakin kurang membuka laman sosial.

Bila mana membaca posting Anak-Anak Muda yang panas membara semangatnya, bercerita tentang Idealisme, tatkala diri sendiri masih terkontang-kanting 'tidak pergi kelas', 'bilik bersepah', tersenyum sinis saya.

Darah Anak Muda itu perlu.

Tapi, Anak Muda yang diperlukan Masyarakat adalah yang berfikir, berpendapat dan MEMBERI SUMBANGAN.

MELAKUKAN KERJA - itu kata kuncinya.

Tidak mengapa lakukan kesalahan, tapi apakah kita bekerja?

Sekali lagi, apakah kita Anak Muda yang melakukan kerja?

6 Bulan di Malaysia selepas Tamat Belajar di Moscow, banyak yang saya belajar.

Tidak berlebihan saya katakan, apa yang saya belajar dalam Tempoh Enam Bulan ini sangat banyak, kerana saya mempelajari 'Medan' yang sedang saya hidupi.

'Medan' ini tidak stagnant. Ianya dinamik.

Idealist tentu sukar memahami.

*** *** ***

Judgmental

Pada akhirnya, saya menyimpulkan, hidup ini jangan terlalu cepat mengadili orang - ketika mana diri sendiri masih kaku langkahnya.

Memperbetul dan diperbetul.

Kadangkala saya tertanya, anak-anak gadis yang tidak pakai tudung di luar sana, berapa ramai dari kita gadis muslimah yang mendekati mereka?

Dan sebaliknya, Kawan-Kawan keturunan Cina kita, pernahkah kita menerangkan kepada mereka?

Sama-sama kita renungkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyakkan beristighfar.


No comments:

Post a Comment