16.11.14

"Giveaway Pena Maya November 2014 - Mencambah Keterbukaan, Mendidik Pemikiran".

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada PENERIMA YANG SERIUS INGIN ILMU.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima! Tidak jawab soalan?Tidak dapat buku.Tidak beri alamat lengkap? Tidak dapat buku.

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?Kenapa Edisi Istimewa 'Mencambah Keterbukaan, Mendidik Pemikiran'?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Untuk Edisi kali ini,buku-buku yang akan diedar adalah bertemakan 'Pembuka Minda'.Ya,kejumudan sikap kita sesetengah Muslim hakikatknya seringkali membawa 'fitnah' pada penyebaran Islam kepada Non-Muslim. Suka beremosi, jarang mencari Ilmu - semoga Giveaway ini dapat mengubah sedikit sebanyak keadaan.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang akan mati yang sedang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Dua Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Dua orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Apakah benar orang Islam di Malaysia lebih suka beremosi dari beramal berlandas Ilmu? Apa kepentingan Ilmu dalam Islam?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.Jika Anda Non-Muslim yang ingin mendapatkan Buku-Buku ini - ANDA TIDAK PERLU JAWAB SOALAN.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat - DrMAZA


Penerangan : Secara jujurnya - saya merasakan,cara orang Malaysia berpolitik (baca : rakyat Melayu Marhaen) amat tidak matang.Kita amat taksub dengan Pemimpin.Kadang-kadang benda yang sudah jelas salah,kita mahu pertahankan juga.Astaghfirullahalazim.Buku ini - banyak menyentuh Perihal "Mentaliti" Umat Islam di Malaysia dalam Isu Politik.Saya amat cadangkan buku ini.Bagus.Saya sudah baca.Isinya sebenarnya tidak terhad kepada Politik semata - ada juga tentang Taubat etc.Dan buku ini,amat rare (susah dijumpai) - terutamanya di Bandar Kecil.

3) Untukmu Wanita - UZAR


Penerangan : Buku ini amat perlu dibaca oleh Wanita-Wanita sekalian.Menerangkan tentang fitnah yang berlaku pada hari ini etc etc.Amat bagus kalau anda hendak bagi buku ini kepada Ibu,Kakak,Adik,Isteri anda atau mungkin anda sendiri hendak baca.Tak salah pun.Janji Ilmu itu sampai.

4) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

5) Menalar Makna Diri


Penerangan : BUKU TERBAIK YANG DIBACA OLEH SAYA PADA TAHUN 2014 - itu komen saya tentang buku ini.Sangat terinspirasi diri ini setelah membaca buku yang mengajak Para Pemuda untuk berdakwah ini.Bak kata orang lama, "Sesiapa yang tidak merasai, tidak akan memahami!".

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Sangka mahu tambah beberapa buku,tapi sukar didapati secara pembelian Online.Jadi,pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima YANG SERIUS.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim/Orang Yang Belum Pernah Sertai.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Akhirnya

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


7 comments:

  1. Assalamualaikum wbt

    Saya berminat untuk mencuba. InshaAllah jika komen sy terpilih saya ingin hadiahkan buku plihan pertama kepada ibu saya.


    Pendapat saya, saya bersetuju dengan pernyataan bahawa orang Islam di Malaysia lebih suka beremosi berbanding beramal berlandaskan ilmu.seperti yg kita tahu, negara Malaysia terkenal dengan isu isu sensitif masyarakat dan kebanyakkannya melibatkan orang "melayu" kita, dan dari situ kita boleh nampak dan perhati bagaimana mereka "melatah" menggunakan emosi utk setiap isu yg berbangkit.orang kita lebih byk dan suka "bertelagah" pendapat yg sekadar teori yg diorg sendiri sebenarnya tak amalkan pun dalam kehidupan seharian masing2.sekadar melontar atas dasar "aku lebih tahu" atau "aku banyak tahu". Dan byk jugak perkara yg "kita" semua kena betulkan terutama sekali mentaliti masyarakat melayu dan menangani setiap isu yg berbangkit. Susah sebenarnya nak suruh orang terima pendapat dan teguran kita lagi lagi kalau latar belakang kita sekadar orang biasa2. Jadi penting juga utk kita sendiri usaha utk bina individu muslim kita sendiri menjadi melayu islam agar pendapat kita mudah diterima. Wallahualam .



    Andai rezeki saya utk cubaan pertama ni, boleh hubungi di alamat email ni ya


    Wanitagaram@gmail.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah dihubungi.. kalau tak dapat email tolong hubung pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Saya berminat dengan buku 5, menalar makna diri sebagai bacaan sampingan dan untuk menambah pengetahuan.
    Pada pandangan saya umat islam malaysia lebih beremosi kerana kurang mendalami ilmu agama. Ilmu penting agar umat dpt berfikir dengan lebih rasional dan lebih analitikal terhadap isu semasa

    Hanisah0891@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah dihubungi.. kalau tak dapat email tolong hubung pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. Assalamualaikum warahmatullah.Saya berminat untuk menyertai! Saya mahukan buku Nombor 5.Buku ini akan dihadiah kepada saya dan keluarga inshaAllah. Manfaatnya turut akan disebarkan melata inshaAllah.

    Jawapan saya, sekiranya soalan penulis itu digaulratakan kepada semua orang islam di malaysia, saya kata tak benar sebab tidak semua begitu. Tapi hakikatnya memang ada orang islam yang sebegitu. Moga Allah pelihara kita semua dari sedemikian. Yang beremosi boleh dilihat dengan kencang lebat berbicara pasal islam dengan apa yang dia tahu (yang mungkin sedikit atau terlalu sedikit) tanpa beramal. Tanpa menunjukkan apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi sesuatu masalah. Beremosi tak salah tapi perlu beremosi 'kerana Allah' dan pasti dengan ilmu.

    Pastinya ada umat islam di malaysia yang beramal dengan ilmu, kalau tak mana mungkin wujudnya figura2 yang hebat (tak semestinya termashyur tapi dengan berkat amal dia walau tulis dan sebar kerana Allah mashaAllah!) di muka bumi yang berjaya mengubah sudut fikir manusia lantas memberi perubahan atau mana mungkin ada peluang untuk memperoleh buku percuma tulisan2 antara manusia yang beramal dengan ilmu. MashaAllah...

    Kepentingan ilmu? Ibarat seperti batang pena dan dakwat. Apa guna pen itu kalau kosong tanpa dakwat. Tapi dakwat walaupun tanpa pen, masih boleh dimanfaatkan untuk menggoncang dunia! Dakwat itu adalah ilmu. Allah knows best.

    Boleh hubungi saya di rayhanrayyan62@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah dihubungi.. kalau tak dapat email tolong hubung pospenamaya@gmail.com

      Delete