2.12.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi November-Disember 2014).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


13 comments:

  1. Assalam . Saya ingin mendapatkan terjemahan al-Quran ini kerana saya sedang menjalani proses pencarian . Saya memerlukan terjemahan al-Quran untuk saya mengetahui isinya bukan sekadar baca dan saya tiada al-quran terjemahan milik saya sendiri .

    kalau sebab saya diterima hubungi di emel kingphisher10@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah contact. kalau tak dapat email sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima alamat penerima dan nombor tepon penerima.

      Delete
  2. Assalam tuan blog. Saya berminat untuk mendapatkan alquran ini untuk diberikan kepada sahabat saya. Dgn harapan beliau lebih memahami ayat suci quran tersebut.

    Jika saya permohonan saya terpilih, boleh hubungi saya di bobby_70252@yahoo.com. jzkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah contact. kalau tak dapat email sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima alamat penerima dan nombor tepon penerima.

      Delete
  3. Assalamualaikum wbt

    Saya berminat untuk mendapatkan naskah terjemahan AlQuran berkenaan. Kerana saya tidak pernah memiliki nya sebelum ini. Semoga ianya dapat membantu saya dalam mendalami makna terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Terima Kasih.

    Aimi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah contact. kalau tak dapat email sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima alamat penerima dan nombor tepon penerima.

      Delete
    2. saya tak dapat nak hubungi. sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya berminat nak bagi hadiah Al Quran ni kat kawan saya. Supaya dia lebih kuat untuk menghadapi ujian yang mendatang. Khaliesahn@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah contact. kalau tak dapat email sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima alamat penerima dan nombor tepon penerima.

      Delete
  5. ada satu sahaja lagi naskhah. dapatkan segera. english or bm.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum encik. Saya berminat utk mendapatkan naskah tersebut kerana saya hanya mempunyai mushafnya shaja. Jika masih ada rezeki untuk saya dapatkan naskah tersebut, boleh hubungi saya di syazwan0204@gmail.com

    Jzkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah contact. kalau tak dapat email sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima alamat penerima dan nombor tepon penerima.

      Delete