7.12.14

"Giveaway Pena Maya Disember 2014 - Menalar Makna Diri (3 Naskhah PERCUMA)".

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi Disember 2014


Tiga naskhah buku 'Menalar Makna Diri' tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil akan diedarkan secara PERCUMA berserta FREE DELIVERY ke seluruh Malaysia.

Kenapa Buku Ini?

"BUKU TERBAIK YANG DIBACA OLEH SAYA PADA TAHUN 2014 - itu komen saya tentang buku ini.Sangat terinspirasi diri setelah membaca buku yang mengajak Para Pemuda untuk berdakwah ini.Bak kata orang lama, "Sesiapa yang tidak merasai, tidak akan memahami!"".

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang di dalam Proses Mencari Kebenaran.

Mekanisme Giveaway?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Bagaimana untuk mewujudkan rasa tanggungjawab diri pada kepincangan dunia hari ini?

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


8 comments:

  1. Assalammualaikum.saya berminat untuk menyertai.Saya gemar membaca buku2 berunsur tarbiyah ,da'wah & motivasi diri.saya pelajar persediaan dan insyaa Allah akan menyambung ijazah di rusia tahun hadapan.kesedaran ini timbul dlm diri saya pd awal semester sejak saya memasuki program persediaan.ketika itu saya terlalu sibuk akn urusan pembelajaran sehinggakan merasa diri sudah leka dgn duniawi.satu ketika saya tertanya "untuk apa aku belajar giler2 ni? Penat,payah.apa matlamat aku?apa yg aku kejarkan sebenarnya?" Bagi saya kunci utama dlm mewujudkan rasa tanggungjawab itu adalah melalui kesedaran diri.Menyedari tujuan sebenar kita hidup di dunia.Apakah matlamat yang ditujukan? Dari situ saya menyadari "aku belajar giler2 ni bukan utk peroleh kerjaya hebat,tp utk give back for ummah.That's my goal!" Boleh hubungi saya di www.hafazahsahirul@gmail.com. Wallahua'lam terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada sahabat handai setelah diri sendiri selesai membaca.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah dengan melihat kepada mereka yang di bawah kita dari segi duniawi, dan melihat kepada mereka yang di atas kita dari segi ukhrawi.
    Ini kerana, kedua perlakuan tersebut, boleh menimbulkan rasa bersyukur dan insaf, sekaligus dapat meningkatkan amal, seterusnya menimbulkan rasa tanggungjawab pada kepincangan dunia pada hari ini, dengan merasakan perlunya untuk menyumbang sesuatu , walaupun sedikit.

    Boleh hubungi saya di kamaliqlaas@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Berkesempatan untuk membaca blog saudara,tertarik dengan giveaway bulan ini.
    Testimoni buku yang dikongsikan amat menarik dan berharap dalam membaca lebih lanjut isi penulisan ust hasrizal yang semestinya tidak mengecewakan.

    Bebalik kepada soalan saudara;
    "Bagaimana untuk mewujudkan rasa tanggungjawab diri pada kepincangan dunia hari ini?

    Pada pandangan saya,ada beberapa langkah yang hendak saya kongsikan bagi mewujudkan rasa tanggungjawab diri pada kepincangan dunia;
    1.mencari ilmu dan maklumat daripada media cetak,elektronik dan forum perbincangan hal semasa.
    2.memastikan sumber maklumat adalah dipercayai dan sohih.
    3.Berkongsi maklumat dan berita tersebut kepada orang sekeliling untuk manfaat bersama dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

    semoga bermanfaat.terima kasih..harap dapat senaskah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. nak hubungi saudari macam mana ye? takde email. tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti NAMA PENERIMA ALAMAT PENERIMA DAN NMBOR TELEFON PENERIMA. ALAMAT LENGKAP SAHAJA YANG AKAN DIHANTAR BUKU.

      Delete
  4. penyertaan ditutup. boleh cuba next month.

    ReplyDelete