28.1.15

"Giveaway Pena Maya Januari 2015 - Menalar Makna Diri (3 Naskhah PERCUMA)".

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi JANUARI 2015


Tiga naskhah buku 'Menalar Makna Diri' tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil akan diedarkan secara PERCUMA berserta FREE DELIVERY ke seluruh Malaysia.

Kenapa Buku Ini?

"BUKU TERBAIK YANG DIBACA OLEH SAYA PADA TAHUN 2014 - itu komen saya tentang buku ini.Sangat terinspirasi diri setelah membaca buku yang mengajak Para Pemuda untuk berdakwah ini.Bak kata orang lama, "Sesiapa yang tidak merasai, tidak akan memahami!"".

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang di dalam Proses Mencari Kebenaran.

Mekanisme Giveaway?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Apakah kaitan Adab dengan Akhlak sebagai seorang Muslim?"

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


8 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Buku ini adlh untuk diri saya sendiri kerana saya seorang yg sngt suka mmbaca untuk mnambah ilmu pengetahuan dan saya dalam proses mmperbaiki diri. .Jawapan kepada Persoalan anda pada pndpat sya , adab lah yg membentuk akhlak sseorg muslim.dari segi definisi akhlak ialah perangai atau tabiat dan kebiasaan manusia. manakala adab adalah tatacara atau tatatertib susunan sesuatu. sebagai contoh mudahnya, seorang muslim yg sering mengamalkan adab2 makan sebelum makan seperti mencuci tangan ,baca doa dan sebagainya akan terbiasa. lama kelamaan akan membentuk tabiat iaitu akhlak. ia merupakan akhlak yg baik. sebalik nya dengan tidak beradab akan mengakibatkan seorang muslim rosak akhlak nya. jadi saya berpendapat adab dan akhlah haruslab berdiri seiringan untuk membentuk muslim yg sejati. Allahualam . hubungi saya di ymail. suzi_iela@rocketmail.com .terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ok akn hbungi sekarang. Klu xdpt email sy, sila contact pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dimanfaatkan oleh seisi keluarga saya, inshaallah. Jawapan kepada persoalan anda adalah seperti di bawah:

    Adab dan akhlak seorang Muslim tidak terpisah dah saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Melalui kefahaman agama yang benar, seorang Muslim itu akan mempamerkan akhlak yang 'cantik' sekaligus memelihara adabnya baik ketika sendirian mahupun di kalangan ramai. Pendek kata, akhlak yang baik akan mencetuskan adab yang baik, begitulah sebaliknya.

    Terima kasih.

    Boleh hubungi saya di syuhadaadros@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ok akn hbungi sekarang. Klu xdpt email sy, sila contact pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. assalamualaikum, saya ingin mendapatkan buku ini untuk di hadiahkan kepada diri saya. Adab dan akhlaq sebagai seorang muslim sgt berkait rapat. seandainya semua org mengamalkan adab dan akhlaq sebenar sebagai Muslim, Islam akan tersebar dengan zahirnya. tetapi masih ramai agama lain di luar sana yg juga beradab dan berakhlaq berbanding muslim. kerana muslim tidak masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. contoh mudah: muslimah yang menutup aurat, menjaga adab di hadapan ibu bapa tetapi tidak menjaga hak dgn Allah-tidak solat, couple, etc. justeru, perlu di sedari, adab n akhlaq muslim itu mencerminkan sejauh mana kita mempraktikkan Islam dalam diri. Jika buku ini rezeki saya, boleh hubungi saya : eqachan@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Wslm. Ok akn hbungi sekarang. Klu xdpt email sy, sila contact pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete