20.1.15

Sia-Siakah Amalan Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

telah lebih tujuh ratus tiga puluh malam semenjak tekal di sini,
sehinggalah hari semalam,
atau dua hari yang lepas,
tidak pasti,

seorang teman,
berkongsikan dengan teman-temannya yang lain,
muat-turun buku refleksi anak muda,
empat tahun rupanya pergi sejak penerbitan itu,
sehingga yang menulis,
juga terlupa perihalnya,

terdetik dengan izin-Nya,
hati untuk memuat-turun semula,
membaca apa yang ada di sana,

erm,
masih terasa hangatnya,
seakan baru semalam berpena,

soalnya di sini,
sia-siakah perbuatan baik kita?
membuang masakah amal-amal ini?
berbaloikah pelaburan abadi ini?

jika merasa berputus asa,
seolah tiada yang memahami rasa,
ketika diri menyeru rasa,
ketahuilah kalian,

tidaklah ini semua sia-sia!

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" [Quran Ali-'Imraan : 191]

tidak sekali-kali akan dipersiakan!

"…sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan" [Yusuf : 90]

kita mungkin terjatuh,
mungkin mengulangi kisah silam semalam,
tapi wahai adinda,
jangan pernah sesekali dikau merasa sia-sia,

kerana Allah SWT,
Maha Besar rahmat-Nya,

terus berlari.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jemput muat-turun koleksi E-Book Pena Maya secara Percuma di link ini. FREE!


1 comment:

  1. Sia-Sia Kah Amalan Kita?
    Satu Soalan Yang Patut
    Pada Hati Yang Gundah
    Jiwa Yang Fikir Dan Risau
    Cintai Ilmu Dan Hayati Agama
    Ilmu Amal Dakwah Dan Jihad
    Doa Usha Istiqamah Dan Tawaqqal
    Hamba Hanya Mampu Berharap
    Pada Ehsan Maha Pencipta
    Dia Pemilik Segala
    Kita Tiada Apa.

    SOT
    21/1/15

    ReplyDelete