15.2.15

"Giveaway Pena Maya Februari 2015 - Untuk Para Pengkader Reformasi".

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi FEBRUARI 2015


Negara dikejutkan dengan dua berita yang amat menyedihkan dalam tempoh dua hari. 10 Februari dan 12 Februari 2015 - tarikh-tarikh ini akan dikenang mereka yang sedang berjuang untuk beberapa lama.

Persoalannya : Apakah cukup sekadar itu? Apa peranan kita? Bilakah Generasi Muda akan benar-benar bangkit mengubah lanskap ini?

Mungkin sahaja waktunya sudah dekat, tapi, dalam kedekatan itu - Ilmu dan Kefahaman tentang Corak Dunia semasa diperlukan.

Kenapa Tajuk-Tajuk Ini?

Pertama, kedua-dua buku mempunyai pengisian yang sangat berat dan essential. Giveaway kali ini sasarannya untuk mereka yang sedang berjuang. Untuk menyemarakkan semangat mereka. Buku Ideal Muslim - sebuah warkah yang penuh dengan hadis sahih dan sunnah, agar dalam perjuangan berlaku, tidaklah kita terputus akar dengan realiti. Buku Islam in Malaysia - Buku Lima Bintang ini merupakan salah satu naskhah coretan Islamik pertama yang saya habis baca pada awal era perubahan diri circa 2009 dahulu. Sesuai untuk mereka yang ingin 'meng-islah' Malaysia ke arah lebih baik. Dan semestinya tulisan SS DrMAZA.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang ingin 'mengubah' dunia ke arah yang lebih baik, dalam apa juga bidang, dengan niat mencari Redha Ilahi.

Mekanisme Giveaway?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen dan nyatakan sekali Tajuk Buku yang ingin dipilih.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Apakah kebangkitan semula kebenaran pada Era ini mencukupi dengan hanya bergantung pada beberapa orang Tokoh semata?"

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku bertajuk _______. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


5 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku bertajuk islam di malaysia. Buku ini adalah untuk diri saya sendiri.

    Saya tidak menafikan peranan tokoh2 ulama. Lebih2 lagi Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya, ulama itu adalah pewaris nabi.

    namun, untuk kita bergantung sepenuhnya kepada hanya beberapa orang ulama untuk bangkit bukanlah cara yang terbaik. Meneladani perjuangan seorang ulama yang kita semua sedia maklum akan kematiannya baru2 ini, almarhum tok guru nik aziz, bertapa beliau berusaha mengikis sifat taksub yang terlalu mudah disemai di dalam jiwa masyarakat. Hal ini bagi memastikan agar masyarakat tidak hanya bergantung pada sesetengah tokoh ulama.

    Saya sangat tertarik sekali dengan buku give away kali ini. Mengenai islam di malaysia.
    tambahan pula, baru2 ini terbaca artikel di blog saifulislam.com mengenai forum islam : blessing to malaysian?, tulisan ustaz hasrizal abdul jamil.

    Pada hemat saya, kita punyai ramai ulama, tapi kita kekurangan ibu bapa untuk melahirkan lebih ramai ulama. Ibu bapa yang hebat bakal melahirkan generasi yang hebat. Seperti mana lahirnya syed abdul qadir al jailani. Atau mungkin, contoh lebih dekat lagi, ahmad ammar yang mempunyai ibu bapa yang telah memasakkan nilai pengorbanan dan islami sejak kecil lagi, sehingga beliau menjadi seorang pemuda yang hebat, berwawasan dan tidak gentar akan musuh.

    Saya berharap, dengan manfaat dari buku ini mampu menjadikan saya seorang bangga dengan islam dan mampu menjadi agen mekanisme penyebaran ilmu. Ameen.

    Boleh hubungi saya di fatinmardhiah.ara@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt. jawapan yang sangat bagus. insyaAllah ada beberapa point anda saya akan gunakan dalam penulisan yang mendatang kalau saya ada masa lapang. saya akan hubungi anda sesegera mungkin .kalau tidak dapat email, hubungi pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt. Saya teruja ingin menyertai dan mahu mendapatkan buku Islam in Malaysia utk menambahkan tsaqofah saya tentang culture Islam di Malaysia. Saya juga berhasrat utk berkongsi pengisian di dalam buku ini bersama kawan-kawan saya.

    Menjawab persoalan penamaya,

    Bila dikatakan tentang kebangkitan semula kebenaran, sudah tentu apa yg dimaksudkan kebenaran itu adalah sesuatu yang mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Namun siapakah tokoh yang benar2 membawakan Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebenar-benarnya? Kita sendiri tak dapat menyenaraikan dengan tepat apatah lagi dengan ilmu yang sangat terhad. Maka bergantung kepada seorang tokoh sahaja tidak cukup untuk kita melihat kebenaran.

    Kebenaran itu kena selalu dicari. Ia ada di mana-mana, pada lebih daripada seorang tokoh dan ada pada mana-mana sosok individu. Kalau mengambil hanya seorang tokoh untuk dijadikan tempat bergantung, itu boleh mengundang kepada ketaksuban terhadap tokoh tersebut dan boleh memecahbelahkan kesatuan umat di era ini. Yang paling layak kita jadikan tokoh dan terbaik untuk kita contohi itu ialah Rasulullah saw. Semua tokoh juga perlu ada cerminan peribadi Rasulullah. Tokoh yang mengajak manusia kepada dirinya itu bukan tokoh yang sebenar. Kebangkitan kebenaran itu pada hemat saya perlu dilakukan bersama-sama melalui kesatuan umat dan saling melengkapkan. Kalau sahaja kebatilan itu boleh bersatu untuk memadamkan kebenaran, maka kebenaran itu kena bahu-membahu menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah di muka bumi ini. Wallahu’alam.

    Penamaya boleh menghubungi saya melalui email imfreshie@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. saya sudah hubungi anda di email.kalau tak dapat ,sila hubungi pospenamaya@gmail.com untuk maklumat delivery

      Delete