28.2.15

Edaran Terjemahan Quran Percuma + FREE Delivery (5 Copies F2.Jan-Feb.2015).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2015)'.



9 comments:

  1. Assalamualaikum.
    I would like to have the quran with english translation.
    I'm 18.
    Masa muda ni masa untuk saya bina diri dan memahami erti hidup.

    Ada apa dalam al-quran?
    Ada HOPE.
    Setiap orang perlukan harapan. Setiap orang tu berbeza dimana dia mencari harapan. Bak kata Nick vujicic
    "We are all looking for hope. We're not born with hope. We're born with difficulties and pain."

    Pernah suatu ketika dulu, al-quran tu jadi my bedtime story. Asal sembang je mesti pasal isi al-quran atau kebesaran Allah atau hal2 agama.
    I wish al-quran tu akan kembali menjadi bedtime story untuk saya lebih2 lagi sekarang saya belajar diluar negara dan hidup dikelilingi international students drpd pelbagai negara.

    Bila kita tak lahir dalam keluarga yang beragama dan tidak bersekolah disekolah agama, kita akan lebih menghargai agama tu sebab kita tahu dan merasa susah dan sakitnya suatu pencarian.
    Analoginya, selalu kita jumpa orang yang susah dapat anak, akan lebih penyayang dan lebih sifat keibuan dan kebapaan.

    There are two important days of your life, the day you were born, and the day you know why.

    Boleh hubungi saya melalui email
    nurulhamizahanani.mrsmpc@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah email. Kalau xdpt, sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  2. Assalamualaikum wnrt.
    I would like to have the Quran with the English traslation.
    Umur saya 25 tahun.
    Masih boleh dikatakan saya baru mengenal hakikat Islam yang menawarkan keyakinan dan harapan dengan erti kata yang sebenar2 penghayatan.
    Background family saya bukanlah orang yang begitu faham tentang agama.
    Alhamdulillah Allah takdirkan saya jumpa dengan orang2 yang membawa saya mengenal hakikat Islam yang sebenar.
    Namun sampai satu ketika, saya melihat kepincangan dalam qudwah sebahagian duat dan diri saya sendiri seolah2 larut walaupun hakikatnya saya masih di atas jalan tarbiyah.

    saya mula mencari-cari kembali. Ada ketikanya saya membaca Al-Quran dan tidak merasai lagi kemanisan bertadabur. Bilamana kita seolah2 tahu & tahu banyak benda tapi amalnya terlalu sedikit.

    Taqdirullah Allah menguji saya dalam pelajaran. I failed out dan masih dalam usaha untuk rayuan.
    Dalam masa yang sama Allah menguji kesihatan saya .
    Saya mengharapkan untuk mendapatkan satu Quran english translation untuk besday saya 11 jan yang lalu. Tapi dgn himpitan kewangan dan pelbagai ujian lainnya, i cant make it.

    Why i want to have it?
    Lillahi. Gerak hati yang mengatakan its the solution for the probs.
    Sejujurnya ana tak mampu bercerita details kesemua masalah ana di sini, tapi ana mempunyai perasaan yang kuat. Hanya dgn kembali dgn sebenar2 kembali kpd Al Quran, u'll find the solution.

    May Allah bless you with this effort sister.

    email : azimmohd1101@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah email. Kalau xdpt, sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. assalamu'alaikum wbt umar.

    kami prlu 3 terjemahan quranul karim ini dgn hrpannya dpt dimanfaatkan oleh liqa'2 di bawah kendalian kami di sekitar uni kami..

    mohon diprtmbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini emailnya .. zulfadhlizaimi87@gmail.com

      Delete
    2. wsalam .. ana sudah hubungi nta zul. kalau tak dapat, boleh email balik ke pospenamaya@gmail.com .. semoga diguna betul2 Quran tu.

      Delete
  4. PENYERTAAN DITUTUP. CUBA LAGI NEXT MONTH. SEBARKANLAH LINK2 INI. KES2 ISTIMEWA - PENYERTAAN TETAP ADA.

    ReplyDelete