2.2.15

Edaran Terjemahan Quran Percuma + FREE Delivery (5 Copies F1.Jan-Feb.2015).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2015)'.



13 comments:

  1. Salam admin. Saya mahukan satu naskhah terjemahan. Untuk diguna. Anda boleh membaca alquran tanpa memahami. Tetapi lebih bermakna jika ada rujuk silang dalam bahasa yang dikuasai. Lama kelamaan, secara sendirinya, anda dapat menganalisa bahasa arab dan mesej yang cuba disampaikan. Adakah sekadar ingin menjadi kakak tua. Pilihan di tangan saya. Jadi dengan adanya Al Quran terjemahan ini ianya dapat membantu. Kemudian rujuklah alim ulama seperti Nouman Ali Khan untuk tadabbur... saya ada
    Instagram @padibukitincorporated . Tanx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah akan dihubungi .. kalau tak dapat sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum.. saya berminat untuk mnyertai. In sha Allah kalau saya dapat senaskah quran ni. Akan saya berikan kepada sahabat sya. Ini kerana esok mrupkan hri lahirnya dan dia slalu mmberithu sya yg dia hendak mendalami ilmu agama dn ingin belajar mengaji tetapi tidak memiliki terjemahan quran .. hubungi saya di suzi_iela@rocketmail.com trima ksih pena maya

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah akan dihubungi .. kalau tak dapat sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. Assalamualaikum. saya berminat untuk mendapatkan al quran terjemahan bahasa inggeris
    actually it is for myself. Semalam ada usrah mate yg x berapa bagus bm. dia cuma ada terjemahan bahasa inggeriss Saya cuba utk membaca terjemahan dia yg english version, sgt lain rasanya. bukan niat utk membandingkan english lagi bagus dari bahasa melayu, tapi dulu waktu belajar bahasa arab ustazah saya cakap kalau nak belajar arab belajar melalui bahasa inggeris sebab konsep dia lebih kurang. jadi teringin saya hendak mempunyai naskah alquran berbahasa inggeris.
    jazakumullah kalau saya dapat. boleh hubungi saya di zahidahmcr@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah akan dihubungi .. kalau tak dapat sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. salam alaik. sy mahu Al Quran ini kerna hendak sy berikan kpd ssorg yg brmkna dlm hidup sy. iaitu shbt sy. sy hrp moga Al Quran ini dpt memberinya ketenangan dan tabah dlm menghadapi ujian dgn memahami tiap makna ayt2 suci ini. boleh hubungi sy khaliesahn@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah akan dihubungi .. kalau tak dapat sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  5. ada satu lagi naskhah untuk dimiliki. harap maklum.

    ReplyDelete
  6. Salam. Sy berminat utk mendapatkan satu naskhah Al-Quran terjemahan utk dihadiahkan kepada seorang sahabat. Semoga Al-Quran terjemahan ini memudahkan bagi beliau untuk memahami isi dan juga untuk mendalami lagi Al-Quran. Ianya juga menjadi satu rujukan agong bagi beliau. Terima kasih.
    Boleh hubungi saya Di azlieyana.azmi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah akan dihubungi .. kalau tak dapat sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  7. Subhanallah..satu usaha yang sangat baik dan bagus. semoga Allah redha.aminn.semoga terus maju jaya

    ReplyDelete