30.3.15

Edaran Terjemahan Quran Percuma + FREE Delivery (5 Copies F1.Mac-Apr.2015).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mac-April 2015)'.



12 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya sangat berhasrat untuk memiliki al-quran terjemah nii. Sebab in shaa Allah nanti kalau saya masuk ipta, bolehlah saya bawa bersama untuk memahami intipati yang ada dalam kitab suci. Saya baru 18tahun. Pada asalnya, saya ingin sambung belajar course al-quran dan as sunnah di ipta. Tapi disebabkan result saya yang tidak menepati syarat, maka hasrat saya untuk sambung course tuu tak dapat dicapai. Jadi, ada baiknya kalau saya memiliki al-quran terjemah sendiri untuk faham isi kandungannya dan bolehlah saya berguru dengan mana2 ustaz/ustazah. In shaa Allah. Berharap.
    nursarahnajihah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. insyaAllah sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email saya tlg inform saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. ada lagi 4 naskhah. bi atau bm. hubungi segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum... saya ingin memiliki naskah Alquran terjemaahan ini sebagai pemberian kepada ibu saya..ibu saya seorang mualaf yang baru saja mendekatkan diri dengan islam...di harap,peluang ini dapat membantu sedikit sebanyak ibu saya untuk mempelajari dan memahami isi kandungan Al-quran..InsyaAllah...

      Delete
    2. Ibu anda mualaf? Hubungi saya d pospenamaya@gmail.com segera . Sy xleh email anda. xdpt.

      Delete
  3. Assalamualaikum... Sy sngt brharp utk memiliki al quran terjemahan ini...kerana sy lihat adk sya sudh memiliki nya satu jadi ana pun nak juga ....hehe. ssaddana@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sgera.

      Delete
  4. Assalamualaikum....sy memang berhasrat untuk memiliki naskah al-quran ini untuk diri sy sendiri agar sy dapat memahami isi kandungannya dengan lebih jelas dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian..Insyaallah..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa email ye? tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini anon243pm. tq

      Delete
  5. assalamualaikum. i want to request a copy for an acquaintance of mine. english translation . can contact me via fb link

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bro,Sorry but can U contact me thru email pospenamaya@gmail.com.Ill respond as fast as I can.

      Delete