18.4.15

"Giveaway Pena Maya April 2015 - Mendidik Masyarakat, Melahir Pendidik".

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi April 2015

Dalam kekeliruan yang melanda masyarakat, Giveaway Buku Islamik kali ini mensasarkan Golongan yang ingin membaca untuk mendapat Ilmu seterusnya dari pembacaan itu - ada sesuatu yang ingin diubah mereka - sekurang-kurangnya diri mereka sendiri.

Buku yang diletakkan dalam senarai di bawah, disasarkan untuk pelbagai golongan, dan jika sekalipun Anda tidak ingin menyertainya, dimohon kongsikan link dengan kawan-kawan lain di Media Sosial Anda.

Berminat? Teruskan pembacaan.

*** *** ***

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang ingin 'mengubah' dunia ke arah yang lebih baik, dalam apa juga bidang, dengan niat mencari Redha Ilahi. Non-Muslim yang ingin mengenali Islam - ANDA SANGAT DIALUKAN UNTUK MENYERTAI!

Mekanisme Giveaway?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen dan nyatakan sekali Tajuk (atau Nombor) Buku yang ingin dipilih.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Kenapakah kita tidak boleh berputus asa dalam menyebarkan kebaikan?"

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku bertajuk (bernombor) _______. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Pilihan Buku

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah: Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti - DrMAZA


Penerangan : Ancaman Hadis palsu, Budaya Penceramah Selebriti yang hanya datang membawakan 'hiburan Alternatif' tanpa tujuan yang jelas ke mana bawaannya - semua ini memerlukan pencerahan. Buku ini banyak menjawab kepentingan kita beragama mengikut dalil. Pilihan yang tepat untuk dibaca oleh Generasi Muda yang mendahagakan Islam di kala kecelaruan.

3) Kezuhudan Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz (Edisi Kemaskini)


Penerangan : Dahulu, saya 'membenci' Nik Aziz. Entah kenapa, saya juga kurang pasti. Selepas terlibat di lapangan masyarakat, saya dengan yakin mengatakan, apa yang dilakukan Nik Aziz kepada Masyarakat di Malaysia khususnya, sangat besar jasanya. Buku yang perlu dibaca mereka yang bergerak di lapangan.

4) Ideal Muslimah


Penerangan : Apa yang saya perhatikan, sebenarnya Golongan Wanita - seteruk mana pun mereka, lebih cenderung untuk kembali kepada Islam. Terutamanya di Internet ini. Tetapi, kebanyakan mereka ini kurang ilmu. Diharapkan dengan Giveaway buku ini, Golongan-Golongan Wanita ini dapat kembali kepada Islam dengan kefahaman sebenar.

5) Menalar Makna Diri


Penerangan : BUKU TERBAIK YANG DIBACA OLEH SAYA PADA TAHUN 2014 - itu komen saya tentang buku ini.Sangat terinspirasi diri ini setelah membaca buku yang mengajak Para Pemuda untuk berdakwah ini.Bak kata orang lama, "Sesiapa yang tidak merasai, tidak akan memahami!".

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


11 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya sangat berminat untuk menyertai. Saya berhasrat untuk dapatkan buku bertajuk The Ideal Muslimah. Buku ini akan dihadiah untuk diri saya sendiri. Di samping itu, saya boleh kongsi dengan sahabat2 saudara mara serta kenalan yang lain yang telah memasang niat untuk berhijrah menjadi seorang muslimah, in shaa Allah.

    Antara salah satu sebab mengapa kita tidak boleh berputus asa dalam menyebarkan kebaikan ialah setiap individu yang beragama Islam merupakan khalifah di atas muka bumi ini yang tugasnya untuk berdakwah kepada semua orang. Ramai yang faham bahawa dakwah nii, hanyalah kerja ustaz2 dan ustazah2. Dakwah ialah suatu kerja yang tugasnya menyampaikan perkara2 baik kepada semua orang. Lebih2 lagi mengenai agama. Apa fungsi kita hidup di dunia ini, kalau kebaikan pun tak boleh nak disampaikan kepada orang lain kan? Kalau lah dekat dunia nii ramai sangat yang putus asa dalam menyampaikan perkara2 yang baik, hancurlah lah dunia ini disebabkan oleh kejahatan yang berleluasa. Kalau ada pun cabaran dan dugaan dalam menyebarkan kebaikan, sod ba ro. Sabar itu kan sebahagian daripada iman. In shaa Allah, akan berbuah hasil daripada apa yang kita sampaikan itu. Wallahua'lam.

    Boleh hubungi saya di email nursarahnajihah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah hubungi anda. kalau tak dapat, sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku bertajuk Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA.

    Buku ini untuk diri saya sendiri dan sebagai bahan bacaan keluarga kerana diletakkan di mini perpustakaan dalam rumah.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah bagaimana mungkin kita boleh berputus asa dalam menyebarkan kebaikan jika syaitan tidak pernah berputus asa menyebarkan kejahatan. Bagaimana mungkin kita boleh berputus asa jika musuh islam sentiasa berusaha malah lebih berusaha daripada umat islam sendiri untuk menjatuhkan islam. Mereka sanggup belajar bahasa, belajar al-Quran dan hadis, sejarah islam, hanya untuk menjatuhkan Islam. Dunia ada perjuangan untuk merai syurga. Perjuangan tidak mengenal putus asa.

    Boleh hubungi saya di naziman.com@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah hubungi anda. kalau tak dapat, sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku bertajuk Fitnah Terhadap Sahabat Rasullullah. Buku ini akan dihadiahkan untuk diri sendiri. Jawapan kepada Persoalan anda adalah kerana sekarang ini sudah banyak berita-berita palsu yang disebarkan di media elektronik terutamanya media sosial. Belum kira lagi dengan penyebaran hadis-hadis palsu oleh akaun-akaun facebook, twitter dan sebagainya yang berselindung disebalik nama ilmuwan-ilmuwan yang hanya kejar like dan retweet sahaja. Perkara ini sememangnya berlaku dan seolah tidak akan pernah berhenti. Tambah lagi pula pendakwah-pendakwah popular yang juga sudah beberapa kali mengungkapkan hadis-hadis palsu dalam ceramah mereka. Justeru haruslah kita menyebarkan kebaikan dengan memberitahu tentang kebenaran yang sebenar-benarnya kepada mereka yang mengongsikan maklumat yang salah.

    Boleh hubungi saya di kiddkiddoe@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah hubungi anda. kalau tak dapat, sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Saya berhasrat untuk memiliki buku berjudul Kezuhudan Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz. Buku ini dihadiahkab untuk diri saya sendiri dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk seisi keluarga di rumah.

    Jawapan kepada persoalan anda adalah mengapa kita tidak perlu berputus asa dlm menyebarkan kebaikan kerana setiap unat manusia yang wujud di dunia ini digelar sebagai khalifah. Bilamana sebut khalifah, mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk agama. Setiap kebaikan yang kita lakukan, kita kena ingt siapa yg cipta kita. Allah. Ya, Allah. Maka, berputus asa dlm kebaikan itu adalah amalan tidak disukaiNya. Selain itu, kita perlu kuat dalam mnyebarkan kebaikan spaya peroleh redha Allah. Nk dpt redha Allah itu tdk mudah. Kita mesti banyak berkorban. Melakukan kebaikan tak boleh mudah jemu. Mula2 org tak boleh trima kehendak kita, lama2 mereka akan rsa ingin brubah dgn nasihat yg kita bg. Akhir sekali, bila sebar kebaikan ni niat kita kerana kepada siapa kita akan kmbali. Ya, akhirnya kpd DIA juga kita pergi. Hidup ni semuanya bergantung kpd DIA. Nikmat yg DIA bagi trlalu bnyak. Takkan laa kita tak boleh nk sabar skit sebar kebaikan walaupun perit. Semoga kita hidup ni dalam rahmatNya. Aminn

    Tuan boleh hubungi sy, di email, nurfikriyah97@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. sudah hubungi anda. kalau tak dapat, sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  5. Macam mana dengan buku menalar makna diri? Sudah ada orangnya?
    I can't see any comment about that book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya dua buku sepatutnya diedar untuk bulan ini, tapi ramai yang masuk ,so saya bagi empat. bila sebut dua buku, bukan dua buku bagi setiap tajuk. sebaliknya, dua penerima je akan dapat buku. buku apa? pilihlah dari tajuk2 di atas. lepas tu saya akan belikan. insyaAllah.

      Delete