17.4.15

Giveaway Buku Pena Maya Edisi Mac 2015 (Pengumuman).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Curiga

Mungkin ada yang mengesyaki sesuatu yang curiga bila saya tidak menerbitkan Entri Penyertaan Giveaway Buku Islamik Edisi Mac 2015.

Sebenarnya, memang Entri Edisi Mac 2015 masih belum diterbitkan di sini. Ini kerana untuk Edisi Mac 2015, Pena Maya Enterprise bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Islam di UniKL-MIAT.

Maklumat lanjut, boleh baca posting Instagram @PenaMaya yang dilampirkan di bawah.


Kerjasama PME & Mahasiswa Islam UniKL-MIAT.

Assalamualaikum. Mungkin ada yang bertanya, atau curiga, di mana entri Penyertaan untuk Giveaway Buku Percuma Pena Maya Enterprise Edisi MAC 2015? Apakah PME menipu dana yang diderma?

Sebenarnya untuk Edisi MAC 2015, saya mewakili dana yang didermakan telah memberikan RM 200 untuk pembelian BUKU ISLAMIK untuk kegunaan dakwah, usrah dan tarbiah Mahasiswa di UNIKL-MIAT dan Kolej-Kolej Sekitar Salak Tinggi dan Nilai.

Jadi, untuk Edisi MAC 2015, tiada GIVEAWAY seperti biasa. Sebaliknya, dana disumbang untuk pembelian buku oleh Gerakan mengislah mahasiswa.

Untuk Edisi April 2015, Giveaway adalah seperti biasa.

Gambar menunjukkan buku-buku yang dibeli menggunakan dana RM200 PME. Semoga Allah merahmati para penyumbang dana. Buku akan dimanfaat untuk pembentukan generasi hadapan.

Maklumat lanjut, boleh hubungi Saudara Zulfadhli. Beliau yang menguruskan pembelian buku-buku ini bagi pihak UNIKL MIAT.

Entri blog juga akan diupdate tentang ini.

#pengumuman #projekbuku

LINK ASAL : INSTAGRAM PENA MAYA

*** *** ***

Itu sahaja pengumumannya. Untuk Edisi April, kedua-dua Giveaway Buku dan Quran akan dijalankan dalam masa terdekat.

Watch this space. Doakan pengajian PhD saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment