26.4.15

FREE English/Malay Quran Translation (Collaboration with #quranprojectKL).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Pengenalan

Ini merupakan Tahun Keempat Projek Edaran Terjemahan Quran Pena Maya berlangsung. Untuk Edisi kali ini, Pena Maya Enterprise telah bekerjasama dengan #quranprojectKL (lawati Instagram mereka).

Jadi, untuk Edisi kali ini, Lima Naskhah Quran (English/Melayu) akan diedarkan kepada mereka-mereka yang sedang mencari erti kehidupan atau maksud kebenaran. Sesiapa juga Anda, Anda boleh menyertai Giveaway ini.

Apakah Yang Akan Diterima Setiap Peserta?

Satu Naskhah Quran (Bahasa Melayu/English) dengan sebuah buku tulisan DrMAZA. Jika Anda memilih English Translation, Anda akan mendapat Naskhah Terjemahan Quran seperti naskhah di bawah + buku 'Islam in Malaysia' tulisan DrMAZA.


Jika Anda memilih Terjemahan Bahasa Melayu, Anda akan mendapat Naskhah seperti di bawah, dan sebuah buku 'Penawar Duka, Pengubat Sengsara' tulisan DrMAZA juga.


Berminat?

Jika berminat dan ingin dapatkan Quran ini, Anda hanya perlu :

1) Tuliskan di bahagian komen menyatakan minat Anda (samada dalam Bahasa Melayu atau English komen Anda - kedua-duanya diterima).

2) Nyatakan kenapa Anda berminat untuk memilikinya.

3) Jika mahu dapatkannya untuk orang lain, nyatakan siapakah bakal penerima itu.

4) Tinggalkan e-mail/twitter/link blog untuk dihubungi. Anda akan dihubungi dalam tempoh 12 Jam selepas komen ditulis untuk Maklumat Penghantaran. Link Facebook tidak akan dilayan.

5) Lima Penerima awal akan menerima Quran (pengecualian diberikan jika ada lebihan stok).

Contoh Komen

Assalamualaikum/Hi.

Saya mahu dapatkan Quran Pakej 1 (Bahasa Inggeris) untuk diri sendiri/ibu saya (nyatakan Penerima) kerana ______ (nyatakan sebab Anda). Anda boleh hubungi saya di penerima@gmail.com


I would like to request English Translation for the Quran for myself (or family etc) because ______ (state your reason). You can contact me at winner@gmail.com.

Mudah?

Itu sahaja. Mudah bukan? Masih tidak faham cara menyertai?Semak Giveaway terdahulu di sini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mac-April 2015)'.


16 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya berminat hendak mendapatkan Quran pakej 1 (Terjemahan di dalam bahasa inggeris) untuk diri sendiri kerana saya ingin belajar agar lebih memahami ayat Quran dalam bahasa inggeris. Dan ia inshaaAllah memudahkan saya untuk membuat sebarang perkongsian dengan kawan-kawan yang tidak bertutur dalam bahasa melayu. Anda boleh menghubungi saya melalui email (erniehasyim@gmail.com). Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan anda ini emiehasyim ...

      Delete
  2. Assalamualaikum/Hi.

    Saya mahu dapatkan Quran Pakej 2 (Bahasa Melayu) untuk seorang mak cik di surau masjid ar rahman kerana saya ingin dia mempunyai satu alQuran yang mempunyai terjemahan. Dia ada menyebut mengenai Quran dia yang dibeli dengan harga RM8. Saya ingin mak cik ini mendapat manfaat yang lebih memandangkan dia sendiri adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada jemaah wanita yang datang ke masjid tersebut. Sebenarnya baru malm ni mak cik tersebut menegur tentang AlQuran terjemahan saya. Dan alhamdulillah Allah membuka jalan apabila terpandang give away ini di instagram penamaya.Anda boleh hubungi saya di azimmohd1101@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. makcik itu ajk masjid ke? bagus2.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan anda ini azimmohd1101 ...

      Delete
  3. Assalamualaikum/Hi.

    Saya mahu dapatkan Quran Pakej 1 (Bahasa Inggeris) untuk masyarakat bumiputera di sarawak yg pelbagai etnik atau introducing alquran to the multiethnic in borneo kerana sy melihat peluang dakwah begitu luas untuk di smpaikan.hakikat yg ada dlm masyarakat multirasis di iklim borneo ini sy berpandangan keterbukaan dalam memahami sesuatu agama masih dlm limitasi tertentu dan sekitar berputar pada toleransi dan menyatakan keharmonian tp pada hakikatnya dalam menyampaikan isi agama yg tepat yg lunak tetapi berprinsip masih blm sampai. saya berharap pihak penamaya dapat menghadiahkan saya pakej satu sebagai solidariti dan penyambung rantai perjuangan menyatakan al haq di bumi malaysia yg 30% adalah islam. Anda boleh hubungi saya di lahazri@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. semoga Allah mudahkan urusan anda. as this will be sent to sarawak, please note that some time will be need in order to deliver it. saya sudah email anda .kalau tak dapat ,email saya balik.

      Delete
  4. Assalamualaikum.

    Saya mahu dapatkan Quran pakej 1 untuk dihadiahkan kepada kakak saya. Ini kerana saya merasakan tiada banyak manfaat yang saya boleh sampaikan kepada kakak saya. Jadi, saya mengharapkan dengan hadiah ini yang saya dapat berikan padanya dapat mendekatkan diri dia dengan Allah atas ilmu pengetahuan yang dia perolehi dari al-Quran ini. Anda boleh hubungi saya di afrinaamran@gmail.com

    Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan anda ini afrina amran...

      Delete
  5. Assalamualaikum

    Saya mahu dapatkan Quran Pakej 2 (Bahasa Melayu) untuk sahabat baik saya. Baru baru ini beliau berkongsi perasaan kepada saya tentang tekanan yg dialami beliau atas faktor pergaduhan ibubapa yg tiada penghujung. Pada mulanya sy nasihatkan beliau agar selalu berdoa dan kerapkan solat tahajud agar lembut hati kedua ibubapanya dan moga Allah lapangkan dadanya, but as time goes by, beliau seolah olah lebih tertekan. Bila sy bertanyakan ttg kekerapannya membaca al Quran, beliau mengakui jarang membacanya kerana terlalu sibuk dan merasa kosong bila membaca tanpa mengetahui maksud, Jadi sy berharap al Quran dengan terjemahan Bahasa Melayu dari penamaya mampu membuka ruang dalam hati sahabat sy utk membaca dan memahami beautiful words from Allah justeru akan merasa lebih dekat denganNya. Insyaallah
    Encik boleh hubungi sy di ajeerah_dlite@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  6. untuk quran english, masih ada dua copy .. untuk quran melayu, penyertaan ditutup. boleh cuba next month insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya berminat hendak mendapatkan Quran pakej 1 (Terjemahan di dalam bahasa inggeris) untuk diri sendiri kerana saya dahulunya seorang pengkid yg ingin belajar agar lebih memahami ayat Quran dan ingin kembali ke jalan Allah swt. Dan ia inshaaAllah memudahkan saya untuk membuat sebarang perkongsian dengan kawan-kawan yang masih mencari cari jawapan. Anda boleh menghubungi saya melalui email (gudloser@gmail.com). Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  8. Assalammualaikum. Saya mahu dapatkan Quran Pakej 1 (English) untuk diri sendiri kerana ingin lebih memahami maksud Al-Quran seterusnya dapat membantu perbaiki diri. Membaca Quran amat memberi ketenangan kepada diri dan saya yakin memahami maksudnya akan meningkatkan ilmu agama sejurus membantu dalam perbincangan bersama rakan dan keluarga tentang aspek kehidupan dari perspective islam. Anda boleh menghubungi saya melalui email (maizurasamad@hotmail.com). Terima kasih. Assalammualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. saya sudah hubungi anda di email. kalau tak dapat email tolong email saya kembali di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  9. PENYERTAAN DITUTUP. Tapi jika anda non muslim yang ingin request, anda sentiasa boleh request dari kami melalui pospenamaya@gmail.com . yang tidak berjaya, cuba lagi next month.

    ReplyDelete