29.5.15

Edaran Terjemahan Quran Percuma + FREE Delivery (5 Copies F1.Mei-Jun.2015).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mei-Jun 2015)'.



14 comments:

  1. saya berminat.

    boleh hubungi saya di weggywoot@gmail.com

    nak beri pada rakan saya, melayu atheist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah hubungi. harap bukan penyertaan main2.

      Delete
  2. assalamualaikum, saya berminat utk menerima AlQuran(English) kerana sebelum ini sudah lama memasang niat utk memiliki AlQuran tafsir Bahasa Enggeris tetapi ibu mahu sy memahami tafsir AlQuran dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. alhamdulillah sy sudah selesai mentadabbur AlQuran Bahasa Melayu dan kini sy ingin menambah ilmu dgn mendalami tafsir AlQuran dlm Bahasa Inggeris. Usaha ini dapat sy kembangkan lagi dengan perkongsian ayat ayat suci terjemahan Enggeris ini dalam blog sy di mana most of my followers are non muslims and native English speakers.
    Saya boleh dihubungi di ajeerah_dlite@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Saya berminat. Saya ingin al-quran ini kerana saya ingin hadiahkan kepada diri saya sendiri. Saya ingin manfaatkannya pada bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya boleh dihubungi di twitter @aysyh_

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya berminat utk mendapatkan alQuran tafsir Bahasa Melayu. Quran ini untuk diri sendiri. Saya dah lama tak baca Quran, jadi saya ingin mengambil kesempatan Ramadhan kali ini untuk lebih mendekati ayat suci Quran.
    Terima kasih
    Boleh hubungi sy di zulakmal24682@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah hubungi. harap bukan penyertaan main2. kalau tak dapat, tolong hubungi pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  5. assalam, sy ingin mendapatkan alQuran tafsir BM. Sy mhukan tafsir ini utk kegunaan diri sendiri. Tujuan sy adalah bagi memperbaiki solat sy. sebelum ini sy sukar utk kusyuk ketika solat dan sy oercaya mungkin kerana kurang pemahaman dan penghayatan terhadap bacaan. Jadi sy berharap dgn adanya tafsir ini, sy mampu menghayati dan kebih fokus ketika solat.
    Boleh hubungi sy di nurulsuhadahussin@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah hubungi. harap bukan penyertaan main2. kalau tak dapat, tolong hubungi pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  6. salam, sy berminat utk mendapatkan tafsir quran bhs melayu utk kegunaan sy dan suami. Kami boleh mengemaskan lg kefahaman bacaan dlm solat. dah lama niat utk mencari Quran tafsir, tp dek kerana terlalu sibuk, niat jd tertangguh. Harap dpt dipertimbangkan niat sy terima kasih.
    nfatin.ain@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah hubungi. harap bukan penyertaan main2. kalau tak dapat, tolong hubungi pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  7. bagi yang berminat lagi, boleh komen..

    ReplyDelete