2.6.15

Giveaway Buku Pena Maya Edisi Mei 2015 (Pengumuman).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Curiga

Mungkin ada yang mengesyaki sesuatu yang curiga bila saya tidak menerbitkan Entri Penyertaan Giveaway Buku Islamik Edisi Mei 2015.

Sebenarnya, memang Entri Edisi Mei 2015 masih belum diterbitkan di sini. Ini kerana untuk Edisi Mei 2015, Pena Maya Enterprise telah pun mengedarkan buku percuma dalam bentuk Giveaway, tetapi khas untuk bulan Mei 2015, ianya dijalankan di Instagram.

Tiga orang penerima telah menyertai dan menjadi penerima Edisi kali ini.

Maklumat lanjut, boleh baca posting Instagram @PenaMaya yang dilampirkan di bawah. Dan untuk melihat siapakah yang menyertainya, sila tekan sini.

hidup ini adalah sesuatu yang kosong, bosan dan aimless kalau hidup hanya for the sake of hidup. kita akan menyaksikan diri dipandu nafsu dengan rentak sebegini. masa universiti, mahu lc. masa kerja umur 28 tahun, mahu 150 cc. masa 40, mahu 500 cc. dan kita end up masih bermotor menjelang umur 60. bukankah itu sesuatu yang memalukan? tapi itulah kehidupan. andainya kita tidak tahu tujuan hidup, kita akan end up begitu. itulah kenapa kita dapat saksikan ramai pakcik-pakcik berharta, tapi weekend pada umur 50-60 masih berkonvoi ke cherating. banyak sungguh masa mereka. banyak masa atau kita jadi begitu kerana tidak tahu tujuan? dan itulah masalah kebanyakan kita orang melayu, yang mengaku muslim. lemahnya kita kerana kita tidak tahu apakah tujuan kita. bekerja bagai separuh nyawa, hujung minggu sangka mahu luah tekanan sebagai escapism di putrajaya dengan isteri, tapi end up main facebook di tablet sambil duduk berhadapan. tidakkah kita rasa ini satu kepelikan? soalannya di sini, apakah tujuan kita hidup? #revolt99point14

Фото опубликовано Pena Maya (@penamaya)



Tujuan saya mengemaskini perkara ini supaya tidak timbul keraguan dalam penyumbang dana.

Untuk Edisi Jun 2015, insyaAllah akan berlangsung Giveaway seperti biasa.

Watch this space.

*** *** ***

Sekian

Itu sahaja pengumumannya.

Doakan pengajian PhD saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment