16.6.15

Giveaway Khas Ramadhan 2015 (Perisai Muslim).

Prenote : Edisi Jun 2015.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Quran 13 : 28]

Sedikit Pengenalan

Pena Maya Enterprise adalah sebuah syarikat berdaftar yang di bawah naungannya Blog Pena Maya menganjurkan Giveaway Buku Islamik dan Terjemahan Al-Quran bulanan secara percuma. Projek ini telah bermula sejak hujung 2011 dan dengan izin Allah masih konsisten. Privasi dan Sekuriti Para Penerima - kami hormati.

Edisi Jun 2015


Khas untuk Edisi Jun 2015, menjelang Ramadhan yang bakal menjelma, dengan harapan agar dapat membantu kita melatih diri untuk lebih tegar menjadi hamba Tuhan secara konsisten, sepuluh naskhah Buku Perisai Muslim (tujuh bahasa Melayu, tiga bahasa Inggeris) akan diedar kepada masyarakat internet.

Berminat? Teruskan pembacaan.

*** *** ***

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang ingin 'mengubah' dunia ke arah yang lebih baik, dalam apa juga bidang, dengan niat mencari Redha Ilahi. Dan mereka ini, mahu bermula dengan mengubah diri mereka dahulu.

Kenapa Buku Perisai Muslim?

- Sebagai Muslim, wajib kita beramal mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
- Apabila memahami dan mengamalkan Islam seperti mana Baginda SAW dan Para Salaf RA mengamalkannya, jiwa kita juga insyaAllah akan merasai apakah erti menjadi Muslim yang sebenar.
- Buku ini memuatkan hampir semua doa dan zikrullah yang penting yang perlu diamal kita dalam kehidupan seharian. Bacaan Solat juga ada. Yang paling penting, semuanya mempunyai rujukan dalil sahih.
- Kesimpulannya, membaca buku ini, kita akan lebih memperbaiki amalan kita, dengan izin Allah, insyaAllah.

Mekanisme Giveaway?

10 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat dan kejujuran' akan mendapat Buku ini.Hanya satu naskhah untuk seorang penerima.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1. Nyatakan Anda berminat di dalam ruangan komen dan nyatakan sekali Bahasa buku yang ingin dipilih. Tujuh naskhah bahasa Melayu dan tiga naskhah bahasa Inggeris tersedia.

2. Jawab soalan ini mengikut kefahaman Anda : "Kenapa kita tidak boleh berputus asa membuat kebaikan?"

3. Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anon, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4. Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5. Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

6. AMARAN : Pihak yang berniat jahat dalam menyertai, akan dibatalkan penyertaan.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku berbahasa Inggeris/ Melayu. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Nota

Yang akan menerima buku adalah yang menulis komen dengan bersungguh. Bimbang buku tidak dimanfaat. Kongsikan link pada yang diyakini akan memanfaat.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


25 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim,

    Saudara umar,sekiranya ada rezeki untuk saya. saya berminat untuk mendapatkan senaskah buku (didalam bahasa melayu)

    Berkaitan soalan saudara,
    Mengapa kita tidak boleh berputus asa,
    Kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim, bayangkanlah seandainya seorang mukmin itu berputus asa lalu siapakah yang akan menjadi legasi penyambung atau bahasa mudahnya semuanya hanya akan mati atau terhenti setakat itu sahaja. tergantung. Semua masalah tidak akan selesai. wallahualam.

    Boleh hubungi saya di nadiahhazirah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum. okay sudah dihubungi di email. kalau tak dapat, tolong email saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku berbahasa Melayu. Buku ini akan digunakan oleh saya sendiri.Jawapan kepada Persoalan anda adalah kerana rahmat Allah itu sentiasa untuk hamba-Nya yang berusaha untuk mencari keredhaan-Nya.Boleh hubungi saya di m.a_aiman93@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wbt .boleh hubungi di email. kalau tak dapat, tolong email saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. Assalamualaikum brother umar. we are requesting an english copy so that we can use it for da'wa purpose in the future time. May Allah bless you. For those who are interested, come join us at our instagram @quranprojectkl ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wbt .boleh hubungi di email. kalau tak dapat, tolong email saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. Assalam, antara sebab mengapa kita tidak boleh berputus asa dalam melakukan kebaikan adalah kerana jika bukan kita, siapa lagi akan menjadi contoh kepada orang lain untuk mengikut jejak langkah kita. Dan jika kita telah berhenti dari melakukan kebaikan, bimbang keburukan akan terus berleluasa mengatasi kebaikan yang sedia ada.

    Em. Buku tersebut untuk saya. Hubungi di alamat email nursyazwinanasarudin@yahoo.com.my. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com .

      Delete
  5. Ops. Tertinggal. Buku Bahasa Melayu, jika diizinkan. *senyum.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan buku ini, untuk kegunaan sendiri dan family saya. Jawapan pada persoalan yg diberi kenapa kita tidak boleh berputus asa membuat kebaikan ialah dalam kita melakukan kebaikan kita tidak terlepas dari pelbagai ujian.Ini adalah bagi menguji apakah hamba tersebut benar-benar berjalan di atas petunjukNya. Justeru harus sentiasa bersabar dalam usaha melakukan kebaikan. Jangan mudah putus asa jika kita gagal mengajak manusia ke arah kebaikan. Apa yang penting usaha dalam melakukan kebaikan kita harus terus melakukan kebaikan walaupun banyak ujian dan rintangan. Dan dalam melakukan kebaikan jangan mengharapkan balasan.

    Hubungi saya di email syuhadasalim97@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com

      Delete
  7. Tlg nyatakan bahasa apa yg diperlukan.

    Tggal lagi 2 english, dan 3 bahasa melayu.

    Sertai skrg

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt..saya berminat untuk mendapatkan senaskah buku ini didalam bahasa inggeris untuk kwn sy yang ingin mendalami Islam.. Kenapa kita tidak boleh berputus asa membuat kebaikan kerana kebaikan ini meruakan amalan berterusan. Kebaikan inilah menunjukkan keperibadian seorang umat. Ianya juga merupakan salah satu kunci keharmonian dan perpaduan ummah. Jika kita berhenti membuat kebaikan manusia akn menjadi penting diri sebab itulah kita jgn pernah berputus asa.. Terima kasih.. Hubungi sy di iG @wanieyishak atau wanieyishak88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com

      Delete
  9. Assalamualaikum.
    Saya berminat utk mendapatkan buku ini dlam bahasa melayu utk kegunaan sendiri.
    Berkenaan persoalan saudara Umar, kita tidak boleh berputus asa dlam berbuat kebaikan adalah kerana dalam setiap perkara atau ujian yg Allah berikan,ada 1 anugerah atau nikmat yg berharga yg Allah nk bgi iaitu nikmat kesabaran.Jika kte adalah insan yg mudah berputus asa, bermakna kte nie seorg insan yg kurg sabar.
    Boleh hubungi saya di izzatramli95@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com

      Delete
  10. Tinggl lagi 1 english, 2 bm. Dptkan segera.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. saya berminat untuk dapatkan buku ini dalam BM untuk kegunaan sendiri.

    berkenaan soalan yang diajukan, kita tak boleh berputus asa dalam berbuat kebaikan sebab setiap apa-apa yang kita ada sekarang ini adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah. bilamana berusaha nak berbuat baik tapi adanya ujian itu adalah hak Allah dan ujian pada kita. samada diri kita ni benar-benar ikhlas berbuat untuk redhaNYA atau sebaliknya. jadi bilamana semuanya Allah yg beri tiada sebab pon untuk kita berputus asa walau merasakan usaha kebaikan tiada kesannya. yang utamanya yakin dan terus beramal.

    boleh hubungi saya : hidayahmdnasir@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com

      Delete
  12. Assalamualaikum..saya berminat untuk mendapatkan naskhah buku ini dalam bahasa melayu untuk kegunaan diri saya dan keluarga, Insha Allah.

    Saya berpendapat, berbuat baik itu tiada batas dan sempadan selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Sebagai umat Islam, kita memang digalakkan untuk melakukan kebaikan walaupun terpaksa menempuh cabaran. Adatlah bila kita ingin lakukan kebaikan, Allah akan pasti akan menguji untuk melihat sejauh mana kejujuran dan keikhlasan kita dalam melakukan kebaikan. Justeru itu, seharusnya kita tidak boleh berputus asa apabila hendak berbuat kebaikan. Apa yang penting, nawaitu kita adalah kerana Allah. Wallahuallam..

    Jika masih ada peluang untuk saya dapatkan buku ini, saya boleh dihubungi melalui email ainim86@gmail.com

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sudah hubungi. Sila hubungi pospepospenamaya@gmail.com

      Delete
  13. Tinggal lagi 1 english copies. Dptkan segera.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Saya inginkan buku berbahasa Inggeris. Buku ini akan
    diberi kepada diri sendiri yang masih leka dengan dunia. Berbalik pada persoalan anda, saya berpendapat bahawa bukan semua kebaikan dihargai, maka jangan mudah putus asa dan teruslah menggapai mardhatillah. Boleh hubungi saya di; izzahzakaria82@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. penyertaan ditutup. sudah cukup 10 orang. tq.

    ReplyDelete