3.7.15

Edaran Terjemahan Quran Percuma + FREE Delivery (5 Copies F2.Mei-Jun.2015).

Prenote I : Jika pernah join,diharap beri peluang pada orang lain.Atau sharekan link dengan kawan lain.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English (bergantung pada permintaan Penerima).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mei-Jun 2015)'.



13 comments:

  1. assalamualaikum tuan pena maya...sy waniey ishak.. sy nak hdiahkan quran english untuk kwn saya yang belum islam... sy prnh sertai sblum ni, tp sy hrp pmberian ni dpt dktkan dia dgn islam......

    -waniey- http://instagram.com/wanieyishak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kami sudah menghubungi anda .kalau tak dapat email kami sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan maklumat di sana.

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya hamizah ezan. Saya mahukan terjemahan Quran dalam bahasa inggeris. Saya mila berjinak-jinak membaca Quran dalam bahasa inggeris kerana adakalanya bahasanya sampai pada jiwa. Tambahan pula saya belajar di universiti islamik yang mengetengahkan penggunaan bahasa inggeris menuntut saya menyampaikan intipati Quran itu sendiri dalam bahasa inggeris. Juga utk kawan non-muslim saya yang cukup istemewa bagi saya. Allahua'lam.

    hamizahezan9405@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kami sudah menghubungi anda .kalau tak dapat email kami sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan maklumat di sana.

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum tuan Pena Maya. Saya mendapat tahu tentang tawaran ini melalui sahabat baik saya. Saya ingin mendapatkan Al quran percuma utk dihadiahkan kpd adik perempuan saya sempena ulang tahun kelahirannya pada 3 Ogos bulan hadapan. Saya berharap dapat memberi sesuatu yg bermakna kpd beliau.. Setiap kali beliau membaca, kita semua juhlga akn mdapat ganjaran pahala. Amin.. Alhamdulillah sungguh mulia hati pihak tuan. Semoga pihak tuan akn diperluaskan rezeki oleh Allah..amin..boleh hubungi saya di email, nurasiah1291@gmail.com

      Delete
    2. wslm,kami sudah menghubungi anda .kalau tak dapat email kami sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan maklumat di sana.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya Hafizah. Saya ingin memiliki AQ terjemahan English memandangkan sukar utk mendapatkannya. Saya ingin menyampaikan ayat2 Allah kepada non-muslim dan golongan yg tak fasih berbahasa melayu. diharap niat saya dapat dipenuhi. Jazakumullahu Khairan Katsira.

    hafizahmohd275@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kami sudah menghubungi anda .kalau tak dapat email kami sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan maklumat di sana.

      Delete
  5. ada lagi satu naskhah tinggal!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya berminat untuk dapatkan senashkah Al-Quran Bahasa Melayu untuk diberikan kepada seorang junior saya. Setiap kali kami ber-halaqah saya lihat dia tidak membawa Quran bersama. Saya kira, dia tinggalkan di bilik. Cuma, kadang ada keraguan dengan status kewangan dia kerana dia pernah cerita bagaimana kehidupan keluarga dia. Kalau diberi peluang, saya ingin hadiahkan pada dia.

    Boleh hubungi saya di:
    askdoodlebug@gmail.com

    Jazakallahukhair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sudah dihubungi. kpd yang lain,penyertaan ditutup

      Delete