27.8.15

Giveaway Ogos 2015 : Reformasi?

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Pengenalan

Pena Maya Enterprise, sejak akhir 2011 sudah mula mengedarkan Buku-Buku Ilmiah secara konsisten pada setiap bulan, dengan niat agar usaha kecil ini dapat mendidik masyarakat seterusnya menyumbang kepada kebangkitan kebenaran.

Edisi Reformasi

Tidak lama lagi akan diadakan Bersih 4.0. Saya secara jujurnya skeptik dengan Bersih 4.0 ini. Bukan kerana saya setuju dengan kerajaan. Bukan juga kerana saya tidak sukakan usaha itu. Cuma, bagi saya - perjalanan untuk Malaysia Baru hakikatnya masih jauh. Boleh baca lanjut di sini penulisan saya tentangnya.

Jadi, oleh kerana Bersih adalah satu Demonstrasi bersifat reformasi, tajdid dan Islah - yang menuntut pembaharuan - untuk Edisi Giveaway Pena Maya kali ini, dua naskhah buku bertajuk The Ideal Muslim Society As defined in the Qur'an and Sunnah akan diedarkan kepada dua orang peserta dengan jawapan terbaik secara percuma.


Saya Berminat - Apa Perlu Saya Lakukan

1) Nyatakan minat Anda di bahagian komen. Dan jawab soalan ini : Sebagai rakyat biasa, selain dari PRU, apa yang boleh kita lakukan untuk mengislah/mereformasi kebobrokan/kepincangan ekonomi di negara kita? Jika jawapan anda adalah demonstrasi, nyatakan tindakan susulan selepas itu pula.

2) Dua Penerima dengan jawapan terbaik akan menerima buku ini. Soalan ini sukar kerana buku ini sangat bagus dan harganya mahal. Jadi, Pihak Pena Maya Enterprise perlu memastikan ia sampai ke tangan yang bakal memanfaatkannya.

3) Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail, Instagram atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anonymous, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4) Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5) Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

6) AMARAN : Pihak yang berniat jahat dalam menyertai, akan dibatalkan penyertaan.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan Anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


7 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada seorang aktivis mahasiswa di miri sarawak yaitu diri saya sendiri.

    Jawapan kepada Persoalan Anda adalah melalui kuasa ketiga (third force) saya percaya perhimpunan seperti bersih mempunyai kesannya yang tersendiri tapi tidak akan mampu restructure sistem ekonomi negara secara terancang. Pertama kita perlu tahu yang merancang ekonomi ialah kerajaan. Perhimpunan bersih merupakan sebuah tuntutan sivil dan non partisan. Ia menuntut supaya kerajaan, pembangkang serta semua pihak untuk bertindak lebih tulus. Ketidaktelusan merupakan simptom kepada penyakit yang melanda masyarakat. Untuk menjadi lebih sihat, kita merawat penyakit, bukan simptom. Penyakit bagi rakyat Malaysia merupakan sikap tidak ambil peduli.

    Bagi merawat penyakit ini, kuasa ketiga yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan untuk memberi pendidikan dari aspek makro dan mikro. Melalui program-program dan kempen-kempen yang membudayakan politik nilai serta moral. Selain daripada itu, NGO2 kebijakan seringkali mendapat kepercayaan daripada masyarakat, maka NGO seharusnya adil dalam memberikan bantuan. Sebagai contoh i-Bantu sebuah badan di bawah NGO Pertubahan IKRAM Malaysia telah mengumpul dana dan menggerakkan ahlinya untuk membantu mangsa bnjir. Malah beberapa buah rumah telah turut terbina. Dari rakyat kepada rakyat. Malaysia Menuju Negara Rahmah.


    .Boleh hubungi saya di instagram @zafrieyl

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam akhi. jawapan yang bagus. ikram ke? hehe.. insyaAllah berdasarkan jawapan Anda saya rasakan Anda layak menjadi penerima.

      Delete
    2. saya akan hubungi anda dlam masa terdekat.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Buku ini adalah untuk diri saya sendiri.

    Jawapan kepada Persoalan Anda adalah,

    Sebagai rakyat biasa, selain dari PRU, cara atau pendekatan yang boleh dilakukan untuk mereformasi kepincangan ekonomi di negara kita adalah dengan menuntut ilmu terlebih dahulu. Bunyinya kedengaran seperti ‘cliché’ dan biasa, tetapi hakikatnya dengan ilmu kita mampu merubah dunia. Bidang ilmu ini luas. Tuntutlah dahulu, dalami dan kemudian kembali dengan ilmu yang mendalam dan praktikkannya. Kerana generasi dengan ilmulah yang sangat diperlukan pada hari ini. Kenapa menuntut ilmu merupakan perkara yang paling mustahak? Ini kerana sering kali dilihat apabila emosi menguasai diri, terutamanya ‘kemarahan’ atau ‘ketidakpuasan hati’ melanda, acap kali ketika itu seseorang bertindak lelulu dan mengikut perasaan. Tidak berlandaskan fakta sebenar. Dengan kata mudahnya, bertindak tanpa ilmu. Perkara ini jika tidak dibendung akan menjadi sangat bahaya dan menyumbang kepada mudarat yang lebih besar.
    Selain itu, apabila memperkatakan mengenai reformasi atau perubahan, ramai yang melihat aspek negatif dari positif. Manusia takut untuk melakukan perubahan kerana tidak nampak bagaimana perubahan itu akan menjadi lebih baik kepada dirinya. Takut keluar pada zon selesa (jika anda masih merasakan keadaan sekarang adalah selesa). Manusia takut atau tidak berani kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat olehnya, seperti berjalan dalam gelap. Dan sebab itulah manusia memerlukan cahaya untuk menerangi dan menjadi pemandu arah untuk melakukan perubahan. Ilmu adalah ‘cahaya’ untuk dijadikan pedoman. Berfikirlah dengan ilmu. Bercakaplah dengan ilmu. Bertindaklah dengan ilmu dan melawanlah dengan ilmu.

    saya boleh dihubungi melalui email penternakberjaya@gmail.com

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Saya akan hbngi anda ikut email. tahniah.

      Delete
  3. ada lagi satu naskhah. kalau jawapan yang saya dapat bagus2 ,mungkin akan ditambah (bergantung kepada stok).

    ReplyDelete