14.9.15

Sedangkan Adab Memasuki Rumah Disebutkan Tuhan Yang Maha Agung, Jadi Kenapa Kita Yang Mengaku Percayakan Akhirat Tidak Sensitifkan Kebatilan Yang Melanda Di Sekeliling?

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Tajuk Panjang

Kali terakhir saya menulis Artikel dengan Tajuk yang panjang sebegini, mungkin lebih kurang tiga tahun lepas. Saya tidak pasti. Masa terlalu mencemburui untuk mengizinkan diri menjengah Arkib Penulisan lama.

Dahulu, Penulisan lebih memfokus kepada Perubahan diri, tapi insyaAllah hari ini lebih pragmatik isu yang ingin dicoret. Atau sekurangnya itu yang diharapkan saya.

*** *** ***

Adab Menjengah Rumah Asing

Dalam Terjemahan Al-Quran Surah An-Nuur, Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan" [Al-Quran Surah An-Nuur : 27-29]

Dahulu semasa berada di bangku salah sebuah sekolah berasrama penuh terkenal negara kita, sering melanda diri saya kekeliruan dan persoalan tentang Islam. Malah, ada masanya berbibit 'keraguan'.

Terjadinya perkara ini mungkin kerana saya keliru antara Adat dan Islam. Mesej Tuhan dan tradisi ciptaan manusia. Sunnah dan Bidaah.

Eksploitasi perkataan 'agama' oleh Golongan tertentu sering mengelirukan masyarakat awam seperti saya ketika itu.

Tapi, Alhamdulillah - dengan izin Allah SWT, keberadaan di Eropah Timur menemukan saya dengan definisi Islam sebenar.

Islam yang jelas hala tujunya. Islam yang sangat detail ajarannya - sehinggakan adab memasuki rumah juga disentuh oleh Tuhan yang Maha Mulia.

MasyaAllah.

Begitu mendalam Islam menekankan perihal common sense sehingga saya bertanyakan diri kadangkalanya, kenapa ramai lagi yang mengaku Muslim - tapi tindak-tanduknya sangat tidak mengandungi 'akhlak yang baik'?

Saya bersangka baik dengan menyimpulkan 'masyarakat kita ini - kebanyakannya masih belum mengenal Islam dari sumber yang sebenar - yakni Quran dan Sunnah'.

Jadi, sesiapa yang ingin mengenali Islam dengan memahami Al-Quran Terjemahan, baik Bahasa Melayu, Mandarin atau Inggeris - boleh hubungi pospenamaya@gmail.com - penyertaan dibuka sepanjang tahun.

*** *** ***

Kenapa Tidak Sensitif?


Saya dengan izin Allah SWT berkesempatan menonton video dokumentari di atas ini petang tadi.

Dengan nilai RM yang semakin menjunam rendah dan juga kenaikan harga barang yang melanda marhaen - mustahil bagi seorang rakyat biasa seperti kita untuk mengendahkan kekusutan yang sedang melanda negara.

Tapi, yang menghairan dan membuatkan saya kagum - sehingga tahap jelik - adalah betapa 'tidak pedulinya' masyarakat kita - terutamanya Muslim di negara ini dalam menentang kebatilan, atau sekurangnya membicarakan tentangnya.

Zon selesa?

Itu salah satu teori.

Saya fikir, sebagai seorang yang mengaku beriman dengan Akhirat, sifat 'tidak peduli' bukanlah akhlak yang sepatutnya ada pada seorang Muslim.

Kerana Muslim itu sifatnya menyeru kepada kebenaran dan mencegah kebatilan!

Cuba kaitkan dengan Ayat Al-Quran di atas yang saya kongsikan tadi.

Sedangkan Isu kecil sebegitu pun dipentingkan, apakah Isu Kebatilan di dalam Video di atas perlu dibiarkan?

On the authority of Abu Sa`eed al-Khudree (may Allah be pleased with him) who said : I heard the Messenger of Allah SAW say, “Whosoever of you sees an evil, let him change it with his hand; and if he is not able to do so, then [let him change it] with his tongue; and if he is not able to do so, then with his heart — and that is the weakest of faith.” [Muslim, Reference :40 Hadith Nawawi 34, English translation : Hadith 34]

Saya kongsikan terjemahan Inggeris kerana tidak menjumpai terjemahan Melayu yang lengkap.

*** *** ***

Anda Tentukan

Kesimpulan penulisan ini, saya serahkan kepada Anda untuk tentukan.

Tapi bagi saya, menjadi Muslim itu bermaksud menjadi seorang yang bermisi besar. Bukan sekadar berkisar tentang 'membeli sofa untuk Hari Raya'. Kerana hakikatnya Islam itu kebenaran untuk sepanjang zaman. Jadi, jika takrifan Islam kita masih tentang 'adat dan sofa', eloklah kita memulakan langkah mencari Ilmu agar mendapat redha-Nya.

Betulkan niat, tekadkan hati, mohonkan kekuatan kepada-Nya - insyaAllah dipermudah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.



Perkongsian Penulisan dari Instagram @PenaMaya

101 EAST : MURDER IN MALAYSIA.

baru sahaja menonton video dokumentari tentang pembunuhan altantuya.

saya cadangkan Anda menontonnya.

video baru diupload dua hari lepas.

dan saya, sangat kagum betapa pasifnya rakyat malaysia melawan regim ini.

sangat hairan melihat bagaimana kebanyakan orang yang mengaku beriman tidak berani melawan, atau sekurangnya bersuara dan berbincang mengenai kebatilan.

mungkin sedang berfikir sofa apa mahu dibeli raya haji kelak.

parah. terima kasih kepada yang bertanggungjawab memperkenalkan pembodohan berpanjangan ini.

#realitidimalaysia #revolt99point39

No comments:

Post a Comment