18.9.15

Antara Persepsi Manusia dan Kejuruteraan Kontrol (Huh, Bahasa Melayu Sememangnya Kekurangan Diksi).


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Autodrive

Ada masanya dalam menjalani kehidupan kita tanpa disedari melalui mekanisme autodrive.

Akibat kesibukan melampau, ada dalam kalangan kita yang 'makan' tanpa merasai perbuatan itu, pergi ke kerja tanpa roh dan semangat yang diperlukan dan memandu tanpa 'melihat' keadaan sekeliling.

Sebenarnya hebat manusia ini. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan kita. Jika Anda mempunyai Ilmu dalam bidang Control Engineering, tentu Anda memahami bahawa untuk sesuatu device mempunyai satu sistem perception yang hebat, Anda perlu memodelkan banyak persamaan matematik tinggi. Akibat pengiraan matematik yang tinggi, computational time juga akan meningkat. Akibatnya, response time akan bertambah dan akibatnya tidak begitu optimizedlah perkakas Anda beraksi.

Tapi manusia, masyaAllah, in a blink of an eye boleh bertindak balas terhadap sebarang perkara yang datang secara mengejut.

Jadi, benarlah bahawa sebenarnya jika kita mempunyai Ilmu dalam Bidang Sains dan dalam masa yang sama kita membuka mata dan berfikir, kita akan menjadi lebih yakin dengan kebenaran Islam.

No wonder masyarakat Islam Zaman Andalusia sangat ghairah melakukan Kajian Sains. Kerana mereka didorong perasaan ingin 'mencari redha Tuhan'.

Berkenaan Autodrive

Jadi, mungkin akibat kadangkala terlalu sibuk, kita mengabaikan elemen berfikir dalam perbuatan kita.

Percayalah, jika kita menghadirkan fikir dalam perbuatan kita, insyaAllah kita akan lebih merasai roh kehidupan itu sendiri.

Al-Quran

Ramai dalam kalangan kita membaca Al-Quran. Tapi berapa ramai yang memahami dan mengambil pengajaran daripadanya?

Tujuan utama saya menulis posting ini sebenarnya untuk menyeru kita semua agar menyertakan elemen berfikir dan merenung tatkala membaca Al-Quran dan Terjemahannya.

Jangan baca sekali lalu sahaja. Ketahuilah bahawa apa yang kita sedang baca itu sangat besar mesejnya! Mesej dari Tuhan yang Maha Agung!

SubhanAllah!

Ini kerana, tanpa berfikir, jadilah kita seperti sebahagian dalam kalangan kita pada hari ini. Menganggap Al-Quran itu sebagai Kit Penghalau Hantu semata.

Aduh, betapa rendah kita letakkan Al-Quran.

Itulah kenapa manusia ini, jika kita menggunakan akal yang dikurnia Ilahi, dan kita tunduk kepada kekuasaan Maha Pencipta, nescaya menjadi hebatlah kita.

MasyaAllah. Tapi sebagai nota kaki, jika ada perkara yang tidak difahami, tanyalah kepada Pakar. Jangan buat kesimpulan sendiri. Macam memasak, kalau tidak reti masak kari, tanyalah mummy tentang resipi kari.

Senang. Bukan apa, ada yang terlebih laju kadangkala dalam berteori.

Penutup

Sebagai akhirnya, saya mahu kongsikan beberapa potong Terjemahan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur. Semoga bermanfaat.

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan bersungguh-sungguh: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".

Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka"
[An-Nuur : 52-55]

*** *** ***

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment