31.12.15

Giveaway Disember 2015 : Perisai Muslim (Koleksi Hadis dan Zikir Sahih mengikut Sunnah).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Pengenalan

Pena Maya Enterprise, sejak akhir 2011 sudah mula mengedarkan Buku-Buku Ilmiah secara konsisten pada setiap bulan, dengan niat agar usaha kecil ini dapat mendidik masyarakat seterusnya menyumbang kepada kebangkitan kebenaran.

Edisi 'Perisai Muslim'

Salah satu perkara paling mengecewakan saya semasa bersolat jemaah di Malaysia ini adalah betapa enggannya masyarakat kita merapatkan saf dengan benar-benar rapat, dan betapa terujanya mereka ingin bersalaman selepas Solat. Soalannya : yang mana satu sunnah? Yang mana satu bidaah? Yang mana satu dari Nabi SAW? Yang mana satu tambahan inovasi manusia?

Atas kesedaran itu, Pena Maya Enterprise pada bulan Disember 2015 ini akan mengedarkan dua naskhah buku Perisai Muslim (English atau Melayu) untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kesahihan amalan ibadah asas kita. Buku ini insyaAllah memuatkan Hadis-Hadis Sahih tentang cara berzikir yang sebenar. Buku ini berbahasa Inggeris dan Melayu (bergantung kepada permintaan).


Saya Berminat - Apa Perlu Saya Lakukan?

1) Nyatakan minat Anda di bahagian komen. Dan jawab soalan ini : Kenapa perlu berubah kepada kebaikan (Islam)?

2) Dua Penerima dengan jawapan terbaik akan menerima buku ini. Soalan ini mungkin kelihatan sukar kerana buku ini insyaAllah sangat bagus dan harganya mahal. Jadi, Pihak Pena Maya Enterprise perlu memastikan ia sampai ke tangan yang bakal memanfaatkannya.

3) Nyatakan bagaimana Anda boleh dihubungi (Tinggalkan E-Mail, Instagram atau Twitter Anda). Jika tiada Akaun-Akaun ini,boleh komen guna Anonymous, dan semak semula laman ini selepas 5 Jam komen ditulis untuk melihat Anda dapat atau tidak buku ini. Tapi penggunaan Anon sangat tidak digalakkan kerana menyukarkan Proses Delivery.

4) Penulis akan hubungi Anda melalui pospenamaya@gmail.com selepas mendapat Maklumat Anda untuk dihubungi.

5) Bergantung pada kepantasan Anda respon, biasanya buku akan diterima Penerima dalam tempoh 3 Hari selepas berjaya menjadi Penerima.Penerima yang lambat memberi respon dalam masa maksimum 3 hari, buku akan diberikan kepada Penerima lain.

6) Boleh juga diberikan kepada Saudara Muslim baru.

7) AMARAN : Pihak yang berniat jahat dalam menyertai, akan dibatalkan penyertaan.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________ (atau untuk diri sendiri).Jawapan kepada Persoalan Anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________. (JANGAN BERI LINK FACEBOOK).

(Atau jika tiada laman sosial,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

*** *** ***

Penutup

Selamat Menyertai!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


5 comments:

  1. Assalamualaikum.saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan saya manfaatkan untuk diri saya sendiri. Jawapan kepada persoalan anda adalah islam itu memberi jawapan kepada segala masalah.boleh hunungi saya di irzan.ashraf@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya sudah hubungi. tlg balas email saya di pospenamaya@gmail.com . tq

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada seorang sahabat yang sedang ingin berubah.Jawapan kepada Persoalan Anda adalah kerana Islam adalah agama terbaik. agama yang di terima di sisi Allah, yang lengkap untuk semua asppek kehidupan.Boleh hubungi saya di eqachan@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya sudah hubungi. tlg balas email saya di pospenamaya@gmail.com . tq

      Delete