31.1.16

Edaran Quran dan Buku Islamik kepada Blok Baru Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pena Maya Enterprise sentiasa berusaha agar dana yang disumbangkan oleh Para Budiman untuk kegunaan Projek Quran dan Buku Islamik Bulanan kami dimanfaatkan ke arah kebaikan, supaya buku-buku dan terjemahan-terjemahan Quran itu sampai kepada yang benar-benar memerlukan.

Untuk bulan Januari 2016, dengan izin Allah SWT, kami dihubungi oleh seorang Doktor Perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah, Perlis yang ingin memohon sumbangan beberapa keping terjemahan Al-Quran dan Buku Islamik untuk diletakkan di Surau Blok Baru Hospital mereka.

Penulis, sebagai Pemegang Amanah Dana Pena Maya Enterprise, bersetuju memberikan buku-buku di bawah ini untuk kegunaan mereka:

1) Dua Naskhah Terjemahan Al-Quran Melayu
2) Tiga Naskhah Terjemahan Al-Quran English
3) Dua Naskhah Terjemahan Al-Quran Mandarin
4) Senaskhah Buku Asas Islam dalam Bahasa Melayu
5) Senaskhah Buku Solat Mengikut Sunnah dalam Bahasa Inggeris
6) Senaskhah Terjemahan Perisai Muslim dalam Bahasa Melayu

Dengan pemberian buku-buku ini menandakan untuk Giveaway Buku Islamik Pena Maya Januari 2016 dan 'Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2016', Giveaway secara normal tidak akan dijalankan. Ini kerana Pemberian Naskhah-Naskhah di atas menandakan telah berlangsungnya Giveaway Pena Maya bulan Januari 2016.

Dengan Pengumuman ini, Penulis berharap amalan ini diterima Allah SWT dan semoga semua yang terlibat mendapat saham di Akhirat kelak.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment