15.1.16

Edaran Al-Quran Percuma + Free Delivery (Melayu/Inggeris/Mandarin - 5 Copies) - F2.Nov-Dis-2015.

Prenote I : Terbuka sepanjang tahun untuk Non-Muslim yang berminat, hubungi pospenamaya@gmail.com.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Penerbitan Pena Maya Enterprise dengan kerjasama Para Penyumbang Dana (semoga diredhai Allah) membawakan kepada Anda Projek Edaran Al-Quran Percuma.

Sama seperti Projek-Projek sebelumnya yang pernah diadakan Pena Maya,setiap Penerima yang terpilih akan mendapat satu naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa yang dipilih mereka.

Matlamat Projek : Menyebarkan Mesej Al-Quran kepada Non-Muslim + Membudayakan pembacaan Terjemahan Al-Quran dalam kalangan Muslim.

Kenapa? : Di Barat, ramai orang memeluk Islam hanya dengan membaca Terjemahan Al-Quran dengan izin Allah SWT. Terbukti Quran itu kebenaran, yang mampu mengubah hati manusia. Tapi kenapa di Malaysia keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 'Muslim'? Kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Siapa Yang Boleh Sertai? : Semua individu yang membaca Artikel ini.Yang ingin mencari definisi kehidupan.Kalau mahu hadiahkan pada Kawan Non-Muslim/Kawan Muslim yang ingin kembali mencari kebenaran/diri sendiri/keluarga juga boleh.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk Lima Penerima bagi setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English atau Mandarin (bergantung pada permintaan Penerima dan stok).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog, Instagram (dengan syarat bukan Akaun Private) (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi November-Disember 2015)'.



7 comments:

  1. Salam,Saya berminat kerana saya ingin memudahkan kerja dakwah di universiti saya di wilayah persekutuan labuan dan bagi kat masjid universiti saya yang kekurang bahan seperti ini...boleh hubungi saya di budakhistory@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan senaskah Al-Quran dengan terjemahan bahasa english untuk rakan non-muslim saya.saya tidak pernah membeli Al Quran terjemahan dalam bahasa english menjadikan saya was2 untuk mencadang kAn kepada rakan saya itu. ini kerana, saya risau terjemahan nya mungkin ada kesilapan.saya ingin mendapatkan Al Quran ni untuk dia yang mungkin akan menjadikan dia lebih berminat dengan islam itu sendiri memandangkan dia sendiri mula bertanyakan dimana dia boleh cari senaskah untuk dirinya.di harap pihak tuan dapat membantu saya dalam mendapatkan Al Quran dengan terjemahan bahasa english untuk dirinya.terima kasih


    saya boleh dihubungi di Ain Maskam

    ReplyDelete
  3. ASsalamualaikum Pena Maya,

    Al-Quran dalam bahasa Mandarin masih ada lagi kah? Saya berhajat untuk Pena Maya poskan pada jiran saya. Jiran saya Chinese. Tinggal bersama ibunya yang sudah tua. . Saya tiada kekuatan nak beri secara berhadapan. Tapi saya berhajat nak beri Al-Quran padanya tanpa dia tahu siapa pengirimnya. Boleh ke Pena Maya bantu tunaikan hajat saya ini?

    Bersama rujukan jika dia berminat atau punya soalan, dia boleh ke Office MRM (Multiracial Revert Muslim) di Petaling Jaya since dia kerja area Bangsar.

    Makcik ni seorang yang sangat baik. Tidak berkahwin. Usia suda 50-an saya rasa. Saya rasa bertanggungjawab untuk sampaikan Al-Quran kepadanya sebab dia jiran saya.

    Harap Pena Maya dapat bantu. Saya akan berikan alamat. Tapi nama penuh saya tak tahu. Saya cuma ada alamat dan no telefon sahaja.

    Boleh berikan nombor akaun, agar saya dapat bantu beri sumbangan untuk bantu Pena Maya teruskan perjuangan ini. =)

    Jazakallahu khairan kathira!


    hubungi saya di nurarina_amin@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. ada lagi 2 copies. semua quran2 di atas direquest ikut email. saya publish di sini sebagai bukti

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Ingin terjemahan Al-Quran bahasa Melayu, untuk diri saya kerana Al-Quran milik peribadi telah rosak. Hubungi di email nursyazwinanasarudin@yahoo.com.my

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sudah hubungi. kepada yang lain ada lagi satu naskhah copy

      Delete
  6. penyertaan ditutup. baki satu lagi naskhah telah diberikan untuk kegunaan hospital tuanku fauziah di perlis- maklumat lanjut baca sini ----->>>> http://baikiminda.blogspot.my/2016/01/quran-mandarin-free-malaysia.html

    ReplyDelete