19.3.16

Quran Mandarin/Melayu/Inggeris PERCUMA + FREE DELIVERY (F2.1-2.16)

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


"It was narrated from Abu Musa Al-Ash'ari that: The Prophet said: "The likeness of the believer who recites the Qur'an is that of a citron, the taste and smell of which are good. The likeness of a believer who does not read the Qur'an is that of a date, the taste of which is good but it has no smell. The likeness of a hypocrite who reads the Qur'an is that of a sweet basil, the smell of which is good but its taste is bitter. And the likeness of a hypocrite who does not read the Qur'an is that of a colocynth (bitter apple), the taste of which is bitter and it has no smell.'"

Grade : Sahih (Darussalam)
Sunan Ibn Majah
English reference : Vol. 1, Book 1, Hadith 214
Arabic reference : Book 1, Hadith 219



Kenapa Percuma? : Muslim/Non-Muslim, ramai lagi yang belum memahami mesej sebenar Islam. Punca? Tidak memahami Al-Quran. Di Eropah, ramai yang membaca Al-Quran dengan kefahaman tentang maksudnya, dan dengan izin Allah selepas itu telah memeluk Islam. Kenapa? Kerana ia kebenaran. Apakah ia benar? Jemput teruskan pembacaan. Dan kenapa percuma? Jawapan : semua orang sukakan percuma!

Siapa Boleh Sertai dan Kenapa?

Non-Muslim : Anda mungkin keliru dengan gelagat mereka yang mengaku 'Muslim' di sekeliling Anda. Mengaku Islam itu kebenaran, tetapi mengamal rasuah, buang anak di sana-sini. Adakah perbuatan mereka itu ajaran Islam. Jawapannya tidak. Anda boleh request dan membaca sendiri Al-Quran dalam bahasa yang Anda selesa untuk memahami apakah Islam yang sebenar. FREE + FREE DELIVERY.

Muslim : Ramai membaca Quran, tetapi kenapa peribadi masih teruk? Ini kerana ramai yang tidak memahami Quran. Ayuh budayakan pembacaan Terjemahan Quran.

Berapa Naskhah Diedar? : Lima Naskhah untuk Lima Penerima bagi setiap Edisi Entri.Satu Naskhah untuk Seorang Penerima.Jangan disalah-guna peluang ini.

Terjemahan Bahasa Apa? : Melayu atau English atau Mandarin (bergantung pada permintaan Penerima dan stok).

Harapan kami? : Semoga dimanfaat dan Quran ini diharap menjadi 'sebab' seseorang untuk kembali kepada kebenaran.

Bentuk Al-Quran yang bakal diterima Penerima? :


*** *** ***

Berminat?

Teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana kami boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog, Instagram (dengan syarat bukan Akaun Private) (Jangan berikan Link Facebook).Kami akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,kami hanya akan memilih orang yang dirasakan benar-benar mahukan Quran ini.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang kami Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika kita semua masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.

P/P/S : Nama lain bagi Projek Kali ini adalah - 'Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2016)'.



4 comments:

  1. ada orang komen di instagram @PENAMAYA - kami terima ini sebagai peserta. boleh baca komennya di sini ---- >>> http://www.instagram.com/p/BDHz3amRwig/

    m_burhanzSaya berminat untuk mendapatkan al Quran ni untuk diri saya sendiri kerana saya ingin menjadi seorang penghafal al Quran yang menggunakan mushaf al quran ni dan berazam ingin membaca al quran selalu

    ReplyDelete
  2. ada lagi 4 copies. boleh maklumkan kawan/family/saudara dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. ada lagi 4 copies, tapi oleh kerana ketiadaan penerima , untuk edisi ini dan edisi bulan 3 (tambah lagi 5 copies) saya akan berikan 9 quran terjemahan mandarin kepada ipsi penang. maklumat lanjut tentang ipsi di sini ---->>>> http://www.ipsi.com.my/ . saya akan update kembali tentang perkara ini dalam artikel seterusnya. teruskan menderma. duit anda akan dijaga untuk tujuan dakwah giveaway quran dengan baik.

    ReplyDelete