30.4.16

Perkembangan Projek-Projek Al-Quran dan Giveaway Pena Maya Februari-April (2016).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Mungkin ada yang bertanya, ke mana perginya duit-duit wakaf untuk Projek Quran Pena Maya dan Buku Islamik Percuma? Senyap sahaja blog ini.

Jangan risau. Projek masih berjalan, tapi oleh kerana sukar mendapat Penerima secara online, saya sekarang lebih memfokuskan Giveaway secara Online.

Jadi, untuk Bulan Februari-April 2016, ini perkembangannya.


Untuk Projek Terjemahan Al-Quran Percuma:

1) Edisi Bulan Februari 2016 - 1 Naskhah diedar kepada Penerima Online, 4 lagi Naskhah Mandarin kepada IPSI, Pulau Pinang (antara Organisasi Dakwah yang bertanggungjawab membawa Zakir Naik baru-baru ini.

(Nama lain Edisi ini - Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2016).

2) Edisi Bulan Mac 2016 - 5 Naskhah Mandarin kepada IPSI, Pulau Pinang (antara Organisasi Dakwah yang bertanggungjawab membawa Zakir Naik baru-baru ini.

(Nama lain Edisi ini - Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mac-April 2016).

3) Edisi Bulan April 2016 - 3 Naskhah English dan 2 Naskhah Mandarin diberikan kepada Aktivis Wanita IKRAM Kajang untuk kegunaan Dakwah.

(Nama lain Edisi ini - Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mac-April 2016).

Bagi Projek Buku Islamik Percuma pula:

Untuk Edisi Mac 2016, dua buah buku Solat dan Doa mengikut Sunnah Rasulullah SAW telah diberikan kepada dua orang pelajar MJII, Beranang dalam sebuah Program Pelajar Islam.

Untuk Edisi April 2016, insya-Allah dua buah buku Perisai Muslim sedang cuba diedar melalui Online. Jika tiada Penerima, Penerima akan dicari melalui metod yang sama seperti di atas.

Terima Kasih.

Teruskan menyumbang sumbangan Anda.

Doakan saya, dan semua yang terlibat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment