13.8.16

Semakin Lama Difikirkan....

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita semua yang masih hidup pernah menjadi muda. Pernah bermimpi. Pernah mengimpi.

Dan saat ini, kita semakin tua. Semakin berusia. Bertambah satu lagi detik yang telah kita lalui berbanding sedetik yang lalu. 'Tika demi 'tika, waktu berjalan.

Kita tidak boleh kembali ke belakang lagi.

Malah, hakikatnya hidup kita ini sebenarnya satu perlumbaan ke depan. Sehingga kita menemui penamat.

Soalannya - ke manakah hilangnya mimpi-mimpi yang kita punyai berdetik yang lalu?

Ke mana hilangnya semangat kita?



*** *** ***

Saya punyai mimpi. Dan impian.

Saya ingin hidup dengan bermakna. Agar dapat mengubah dan menyumbang sesuatu. Sebelum nafas terakhir.

Agar hidup saya, diredhai Maha Pencipta, yang menciptakan saya.

Semua kita akan meninggal dunia.

Pernah kita memikirkannya?

Mungkin.

Tapi pernahkah kita benar-benar memikirkannya?

*** *** ***

Semakin lama difikirkan, semakin saya yakin, bahawa isu-isu yang melanda, krisis dan masalah, tidak boleh diselesai dengan hanya bercakap.

Tidak boleh kita rungkai dengan hanya memerhati.

Tidak boleh diakhiri dengan hanya menulis di Instagram, apatah lagi menulis status Facebook semata.

Semua ini kesannya sementara.

Walau mungkin ada yang berjaya membuahkan kesan, dengan izin Allah.

Fad - itu istilahnya.

Jadi, bagaimana?

*** *** ***

Ditelan kesibukan, kita menjadi narsisis.

Dan mimpi, bertukar mimpi.

Kini kita hanya fikir tentang diri.

Dan semakin lupa.


*** *** ***

Jika benar kita ingin menyaksikan perubahan, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah menyumbang.

Kontribusi.

Kerja.

Dan saya, apabila direnung secara mendalam di pagi hari ini, menyimpan satu lagi impian, dalam berjuta impian, untuk menjadi Penulis.

Penulis yang sentiasa menulis dan menulis.

Yang tulisannya memberi impak kepada semua.

Penulis yang tulisannya kerana redha Maha Pencipta.

Bukannya untuk hakikat sementara sahaja.

Tapi, yang lama kesannya.

Dan luas cakupannya.

*** *** ***

Semua ini, bukan mimpi.

Untuk mencapainya, walau bagaimanapun, perlukan penulisan yang tidak hanya sekadar cantuman huruf-huruf.

Ianya memerlukan jiwa.

Pengalaman.

Rasa.

Dan untuk itu, perlukan mereka yang punyai perjalanan.

*** *** ***

Jangan terlalu ghairah memetik andai belum masak!

Lantas, saya dan ijtihad...

Kejarlah dahulu rasa itu..

Carilah dahulu ilmu itu..

Alamilah pengembaraan itu dahulu!

InsyaAllah, penulisanmu akan memberi impak!

InsyaAllah.....

*** *** ***

Hidup ini singkat.

Dan semuanya punyai peranan.

Apakah watak kalian?

Mulakan...



No comments:

Post a Comment