12.10.16

21 Negara Kemudian....

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Saya saat ini dengan izin Allah, sedang berada di Melbourne. Australia merupakan negara ke-21 yang saya jejakkan kaki sejak hidup. Seminggu lepas, saya pulang ke Malaysia setelah menjalani hidup beberapa bulan di Tokyo. Atas urusan kerjaya.

Jadi, selepas pengalaman-pengalaman ini - apa perasaan saya?

Bagi saya, dengan izin Allah semakin jelas, yang mana - sebelum umur 35-40, perkara terbaik untuk saya lakukan adalah mencari seluas-luasnya pengalaman.

Agar saya dapat menjadi 'buah yang tidak terlalu cepat masak'.

Jika tidak, kita akan mengepalai dengan sifat yang sama kita 'bencikan'.

Apa-apapun, di Instagram Pena Maya sekarang sedang dijalankan Giveaway Quran (Edisi September).

Bagi yang berminat, jemput sertai.

Maaf tidak dapat menulis panjang. Saya agak sibuk buat masa ini.

Memang cita-cita saya agar dapat menjadi Penulis Buku-Buku yang bermanfaat untuk masyarakat Malaysia dan Dunia, satu hari nanti.

Insya-Allah.

Doakan juga urusan Pengajian PhD saya.

Dan jika ada yang membaca, boleh tinggalkan komen positif.

Komen negatif? Maaf, usia kita terlalu singkat untuk dibazirkan dalam internet.

Sia-sia nanti.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.



2 comments:

  1. Assalamualaikum Pena Maya. Saya ada baca satu ayat dekat instagram awak, "mahu sampaikan mesej, tapi yang wujud, insan yang enggan membaca panjang"... I feel you bro. I'm facing exact same problem. Bila tengok kengkawan saya lebih cepat 'like' pos-pos yang less-academic, tapi slow when it comes to academic & lengthy stuff, saya hampa.

    Dan dari apa yang saya perhatikan tentang trend bebudak sekarang, diorang lebih rajin layan 'video'. Trend blog pon dah diganti menjadi vlog. Internet dekat Malaysia pon dah makin laju. So kekangan 'lambat load' tu dah tak ada (or at least tak seteruk dulu).

    So cadangan saya, awak try-lah bekerjasama dengan bebudak multimedia yang professional yang sefikrah dengan awak. Awak jadi think tank, then biarkan bebudak multimedia hasilkan video yang professional untuk sampaikan mesej awak. Format penyampaian boleh beraneka ragam. Be it short film macam yang awak pernah hasilkan; be it explainer macam video-video RSA; be it animation, dan macam-macam lagi.

    Saya sekarang tengah karang satu pos untuk fahamkan kepada kengkawan saya 'kepentingan mempelajari ilmu dari sumber sahih'. Dan format yang saya pilih adalah: Storytelling. Bercerita berdasarkan pengalaman diri dan orang sekeliling. Menceritakan bahaya beramal dengan ilmu yang tak sahih. Disertakan beberapa contoh seperti kisah bizarre seorang budak yang pernah murtad temporarily hanya kerana ingin dosanya diampuni.

    Dan in sha Allah, bila dah siap nanti, saya akan video-kan semua-semua ni.

    Format video pun satu cara; tapi penulisan akademik pon saya rasa patut diteruskan juga. Untuk golongan professional yang lebih prefer membaca tulisan akademik. Saya ada create satu page "Nota Islam Akademik" (@notaislam) di Facebook semalam. Belum pos apa-apa lagi; tapi in sha Allah, dalam masa 2-3 bulan nanti akan mula dimanfaatkan.

    May Allah bless our effort.

    All the best for your PhD. Semoga Allah permudahkan.

    Salam.

    ReplyDelete