Sinopsis : Asing - Filem Pendek Penerbitan Pena Maya 2012.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***


Pendahuluan

Dalam Riwayat Al-Imam Ahmad,Nabi SAW bersabda :

"Beruntunglah golongan ghuraba' (yang asing atau pelik)".

Ditanya Baginda : "Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?".

Jawab Baginda : "Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat,yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka". [Dinilai Sahih Oleh Ahmad Shakir]

Kenapa Asing?

Kenapa Ganjil?

Hakikatnya,dalam 'Asing' itu sendiri - ada ke'asing'annya.

Bukan senang mahu bergelar 'Mukmin'.

Bukan senang mahu mendapat 'Syurga'.

Semua ini memerlukan kesabaran.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Al-Baqarah : 155]

Tapi ketahuilah,Allah SWT itu Maha Adil.

*** *** ***

Pembikinan

Video ini merupakan Adaptasi dari E-Book 'Zaman Orang Ganjil' Terbitan Pena Maya (Tahun 2011).

Idea menghasilkan Filem dengan Tema sebegini telah lama berada dalam fikiran Pengarah - Umar Zakir Abdul Hamid.

Dengan Izin Allah SWT - Idea ini berjaya direalisasikan dengan kerjasama antara Hasan Al-Basri dan juga Penerbitan Pena Maya.

Konsep untuk Pembikinan Video ini pula datang dari Khairul Izhar Osman.

Alhamdulillah.

*** *** ***

Sinopsis/Latar Belakang Cerita

Filem ini dirakam sepenuhnya semasa Sambutan Hari Raya Aidiladha 2012 baru-baru ini di Masjid Prospek Mira,Moscow.

**** *** ***

Fitnah

Sepanjang perjalanan ke sana - banyak kejadian yang berlaku - membuatkan hati sedikit sedih - malah kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat Muslim kita.

Tindakan mereka itu - mampu menimbulkan fitnah yang mendalam tentang Islam terhadap Pemikiran mereka yang masih belum memeluk Islam.

Dalam Perjalanan ke Masjid - lebih daripada 10 Orang Peminta Sedekah berada di dalam Perjalanan.

Malah - ada yang menggunakan 'Bayi Kecil' - untuk meraih simpati orang ramai.

Sedih.

Ada juga 'Muslim' yang menaiki Kenderaan Awam tanpa membayar Tiket.

Persoalan Timbul : Apakah ini 'Akhlak Sebenar' seorang 'Muslim'?

Jawapannya tentulah Tidak.

Tapi itulah Hakikat yang sedang melanda Sebahagian Masyarakat kita.

Ini harus di-muhasabah,dan diperbetulkan!

Ini kerana - semua perkara ini hanya menambah 'Islamophobia' dalam kalangan Masyarakat kepada Islam.

No wonder - Kawalan Keselamatan yang begitu ketat di Sekeliling Kawasan Masjid.

Kadangkala - kita perlu salahkan diri sendiri - sebelum menuding jari kepada orang lain.

*** *** ***

Orang Ganjil

Kesedihan melihat Para Peminta Sedekah 'Jadi-Jadian' itu tidak lama.

Kenapa?

Kesedihan itu terus hilang sejurus melihat berpuluh-ribu (mungkin menjangkau 100000 Muslimin) yang sedang membuat Saf di atas Jalanraya - bersiap-siap untuk menunggu bermulanya Solat Sunat Aidiladha.

Alangkah terharunya hati ini - apabila mendapati - ketibaan Jemaah yang sudah begitu ramai - tatkala Solat hanya akan bermula 1 Jam selepas itu.

Ya.Masjid ini tidak dapat memuatkan bilangan Jemaah yang mencukupi - oleh itu - Jemaah bersolat sehingga keluar.

SubhanAllah.

Masih ada Golongan yang gigih melaksanakan Ajaran Islam - walau ketika cuaca yang sejuk.

Masih ada Golongan yang berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah SAW - walau dikelilingi Paranoia Pihak Berkuasa yang mengelilingi.

Inilah mereka yang Ganjil.

Orang Ganjil.

Alangkah bagusnya - andai berlaku perkara ini setiap kali waktu Solat Lima Waktu di Seluruh Dunia.

Tentulah Musuh Islam pada ketika itu takut.

Tapi,tidak ramai yang begini.Masih ramai yang 'belum faham'.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Video ini.

Untuk berkongsikan Khabar Gembira dengan Para Orang Ganjil ini - agar mereka tidak berputus asa dalam menaikkan kembali 'Islam' di Bumi Allah!

Dan untuk mengingatkan mereka dengan hakikat bahawa kemuliaan itu - datang dari Allah SWT.

Apapun dugaan dan halangan yang melanda - andai diri terasa lemah - kembalilah kepada-Nya - dan mohonlah kekuatan daripada-Nya!

*** *** ***

Terakhirnya

Islam akan tetap juga bangkit.

Persoalannya - di 'Pihak' manakah kita mahu berada?

Itu sahaja.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Menonton.

Cadangan Link Tambahan
Muat Turun E-Book 'Zaman Orang Ganjil' PERCUMA
Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba